• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Elak Ke Kota Al Ula, Jika Tiada Alasan Kukuh

Oleh
ILB - AI
11 September 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Timbul kekecohan mengenai Kota Al Ula dan hangat diulas di media sosial

Elak Ke Kota Al Ula, Jika Tiada Alasan Kukuh. Satu hantaran tular di media sosial baru-baru ini mengenai satu tempat yang dikatakan dilaknat oleh Allah iaitu Kota Al Ula.

Menurut kosmo, kekecohan bermula apabila ada pencipta kandungan atau ‘content creator’ menziarahi lokasi tersebut dan menunjukkan keindahan alam semula jadi di sana.

Bagaimanapun, kebanyakkan kita tidak mengetahui tentang kewujudan kota tersebut dan sejarah yang terkandung sehingga dianggap sebagai kawasan dilaknat Allah.

Elak Ke Kota Al Ula, Jika Tiada Alasan Kukuh
Sumber: cari

Kekeliruan antara kita, ada yang kata boleh dilawat, manakla ada juga kata tidak boleh

Wujud kekeliruan apabila ada pihak yang mengatakan tidak boleh melawat Al Ula, tetapi ada segelintir pihak pula berpendapat lokasi tersebut masih boleh dikunjungi orang ramai.

Namun, Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam yang juga mutawwif, Dr. Bashasunnahar Puasa mengatakan bahawa, bandar Al Ula mempunyai sejarah dan warisan budaya yang besar.

“Salah satu tarikan utama kota itu adalah laman bersejarah (Madain Saleh) yang telah diktiraf sebagai laman warisan dunia oleh Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Geologi yang unik dan alam semual jadi memukau

“Al Ula juga terkenal dengan keindahan alam gurun yang menakjubkan serta formasi geologi unik seperti The Elephant Rock dan pelbagai laman alam semula­jadi yang memukau.

“Bandar ini semakin dikenali sebagai destinasi pelanco­ngan yang menarik dan kerajaan Arab Saudi juga mengambil pelbagai inisiatif untuk mempromosikan pelancongan ke wilayah ini dan menjaga warisan sejarah serta budayanya yang berharga,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Elak Ke Kota Al Ula, Jika Tiada Alasan Kukuh
Sumber: kosmo

Bergantung kepada tujuan dan niat

Berbalik kepada kekeliruan sama ada kota tersebut boleh dilawati atau sebaliknya, Bashasunnahar memberitahu, hukumnya adalah bergantung kepada tujuan dan niat asal seseorang individu itu menziarahi kawasan tersebut.

“Secara umumnya, ada beberapa pandangan berbeza dalam Islam tentang melawat tempat-tempat tertentu. Jika seseorang itu datang dengan niat baik seperti untuk memahami sejarah atau mempelajari budaya, mungkin dianggap harus.

“Namun, jika seseorang ingin bersuka ria di tempat yang pernah dilaknat, hukumnya haram.

“Terdapat hadis bahawa ba­ginda Rasulullah untuk mempercepatkan langkah ketika melalui kawasan yang pernah dilaknat Allah. Kita sebagai umat Islam perlu mencontohi apa yang dilakukan oleh junjungan mulia,” tambahnya.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Jadi ‘Role Model’ Kepada Content Creator, Khairul Aming Titip Nasihat Padu Kepada Anak Muda
Dakwa Nabi Muhammad Adalah Allah, Suami Isteri Sokong Ajaran ‘Si Hulk’ Buat Netizen Risau
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Berang Disuruh Keluar Cari Kerja, Penganggur Mengamuk Tergamak Tetak Bapa Guna Parang Berang Disuruh Keluar Cari Kerja, Penganggur Mengamuk Tergamak Tetak Bapa Guna Parang
Next Article Berita Baik Buat Warga Kuching, Gigi Coffee Bakal Buka Cawangan Pertama Di Vivacity Berita Baik Buat Warga Kuching, Gigi Coffee Bakal Buka Cawangan Pertama Di Vivacity

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?