• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Elak Lihat Iklan Di FB Dan Insta, Meta Benarkan Pengguna ‘Subscribe’ Bayaran Bulanan

Oleh
Aina Musa
7 Oktober 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Elak Lihat Iklan Di FB Dan Insta, Meta Benarkan Pengguna 'Subscribe' Bayaran Bulanan

FB, IG mahu kenakan bayaran bulanan jika tidak mahu iklan

Elak Lihat Iklan Di FB Dan Insta, Meta Benarkan Pengguna ‘Subscribe’ Bayaran Bulanan. Meta menimbang langganan bulanan untuk pengguna Facebook dan Instagram yang tidak mahu data mereka digunakan dalam iklan diperibadikan, lapor akhbar Wall Street Journal (WSJ).

Idea tersebut merupakan jalan penyelesaian kepada undang-undang privasi ketat Kesatuan Eropah(EU).

Elak Lihat Iklan Di FB Dan Insta, Meta Benarkan Pengguna ‘Subscribe’ Bayaran Bulanan. Kredit: Kosmo

Di bawah pelan itu, Meta akan mengenakan caj €10 sebulan (RM49.70) untuk pengguna komputer meja menggunakan sama ada Facebook atau Instagram dan €6 (RM29.90) lagi bagi setiap akaun tambahan.

Pengguna telefon bimbit akan membayar €13 (RM64.60) untuk mengakses sama ada Facebook atau Instagram dan meningkat kepada €19 (RM94.50) jika kedua-duanya sekali, demikian menurut WSJ.

Mereka yang memilih untuk tidak membayar masih boleh menggunakan kedua-dua aplikasi berkenaan tetapi akan ditampilkan dengan iklan diperibadikan berdasarkan aktiviti carian masing-masing.

Pengawasan aktiviti pengguna menjadi titik perbalahan antara Meta dan pihak berkuasa EU.

Facebook sahaja dikatakan mengumpulkan sekitar 52,000 data bagi setiap pengguna.

Pengguna secara automatik memilih fungsi lalai untuk ciri tersebut melainkan mereka mengisi borang kebenaran yang panjang dan ‘tersembunyi’ dalam seksyen ‘bantuan’.

Borang itu hanya disediakan sejak April lalu dan diperkenalkan bagi mematuhi keputusan pihak berkuasa kawal selia EU pada Disember 2022.

Sejak itu, Mahkamah Keadilan EU memutuskan bahawa Meta perlu mendapatkan persetujuan pengguna sebelum mengumpulkan data mereka dan memberi masa kepada platform tersebut sehingga November 2023 untuk pematuhan.

Baca lagi artikel menarik:

Ditipu Oleh Pelaburan ‘Scam’ Di Facebook, Peniaga Dari Sibu Rugi RM324k
Nak Padam Akaun Threads, Kena Padam Akaun Instagram Sekali
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Niat Cari Sayur Bertukar Tragedi, Warga Emas Ditemui Maut Tepi Jalan Di Bau Niat Cari Sayur Bertukar Tragedi, Warga Emas Ditemui Maut Tepi Jalan Di Bau
Next Article Dah Boleh ‘Book’ Bilik, Sheraton Hotel Kuching Kini Dibuka Untuk Tempahan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?