• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Elak Rugi, Netizen Kongsi Pengalaman Berjaya Tuntut Insurans Flight AirAsia Secara ‘Cash’

Oleh
Ismail NA
9 Mei 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Sekurang-kurangnya tak adalah tiket ‘burn’ macam tu saja.

Elak Rugi, Netizen Kongsi Pengalaman Berjaya Tuntut Insurans Flight AirAsia Secara ‘Cash’. Saban hari kita mendengar pengalaman buruk tentang penerbangan lokal yang sering kali tertunda atau dibatalkan saat akhir.

Isi Isi Penting
  • Sekurang-kurangnya tak adalah tiket ‘burn’ macam tu saja.
  • Syukur ada beli insurans, dapat lah juga ‘duit raya’
  • Dibayar tunai tau, bukan kredit atau baucar!
  • Masalah teknikal bukan sahaja sering berlaku pada pesawat tambang murah, tetapi juga boleh berlaku pada pesawat nasional seperti yang dihadapi oleh penumpang ke Sabah kelmarin. Baca selanjutnya di sini:

Bagi mereka yang menjangkakan situasi sebegini, sudah tentu pelan insurans penerbangan dibeli sekaligus sewaktu membuat tempahan tiket penerbangan. Tujuannya adalah bagi mengelakkan kerugian besar dari segi wang, masa dan tenaga sekiranya penerbangan yang dibeli mengalami masalah.

Syukur ada beli insurans, dapat lah juga ‘duit raya’

Menerusi sebuah hantaran Facebook netizen yang bernama Noor Ramizah, beliau berkongsi rasa bersyukur kerana pembelian insurans penerbangan AirAsia tidak sia-sia.

Elak Rugi, Netizen Kongsi Pengalaman Berjaya Tuntut Insurans Flight AirAsia Secara 'Cash'
Elak Rugi, Netizen Kongsi Pengalaman Berjaya Tuntut Insurans Flight AirAsia Secara ‘Cash’. Sumber: FB Noor Ramizah via RSS

Menurut Ramizah, beliau berjaya menuntut manfaat sebanyak RM 200 daripada pihak insurans bagi penerbangannya yang ditunda oleh syarikat penerbangan terbabit.

Dibayar tunai tau, bukan kredit atau baucar!

Lebih melegakan, tuntutan tersebut akan dibayar dalam bentuk wang ringgit, dan disalurkan sama ada menerusi e-pembayaran terus ke akaun bank atau menerusi draf bank.

Wanita ini berjaya mendapatkan jumlah tuntutan sebanyak RM 200. Okay lah daripada tak dapat apa-apa langsung? Boleh buat beli tiket baru tu.

Elak Rugi, Netizen Kongsi Pengalaman Berjaya Tuntut Insurans Flight AirAsia Secara 'Cash'
Sumber: FB Noor Ramizah via RSS

Perkongsian Ramizah di group Facebook itu telah mendapat perhatian netizen dengan 82 perkongsian telah dibuat sejak artikel ini diterbitkan.

Di ruangan komen pula, ramai yang mengambil kesempatan untuk mendapatkan pencerahan yang lebih lanjut tentang prosedur tuntutan daripada Ramizah.

Khabarnya, orang ramai yang mengalami penerbangan ditunda boleh membuat tuntutan sekiranya mencapai sejam atau lebih waktu tunda.

Bahkan, anda juga boleh membuat tuntutan sekiranya penerbangan anda dibatalkan.

Elak Rugi, Netizen Kongsi Pengalaman Berjaya Tuntut Insurans Flight AirAsia Secara 'Cash'
Sumber: FB Noor Ramizah via RSS
Elak Rugi, Netizen Kongsi Pengalaman Berjaya Tuntut Insurans Flight AirAsia Secara 'Cash'
Sumber: FB Noor Ramizah via RSS
Elak Rugi, Netizen Kongsi Pengalaman Berjaya Tuntut Insurans Flight AirAsia Secara 'Cash'
Sumber: FB Noor Ramizah via RSS

Bagi mereka yang berhajat untuk menyemak kelayakan tuntutan insurans untuk penerbangan yang tertunda, kerosakan bagasi dan sebagainya, anda boleh menekan pautan di bawah;

Tuntut Insurans Penerbangan AirAsia anda di sini

Masalah teknikal bukan sahaja sering berlaku pada pesawat tambang murah, tetapi juga boleh berlaku pada pesawat nasional seperti yang dihadapi oleh penumpang ke Sabah kelmarin. Baca selanjutnya di sini:

SUMBER :FB Noor Ramizah via RSS
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kembali Pada Tahun Ini! Jom Sertai Marathon Di Kuching Dan Miri Yang Bakal Berlangsung Pada Tahun Ini Kembali Pada Tahun Ini! Jom Sertai Marathon Di Kuching Dan Miri Yang Bakal Berlangsung Pada Tahun Ini
Next Article Tular Wanita Sarawak Anyam Tikar Gergasi, Netizen Cuba Teka Nilai Buatan Tangan Ini Tular Wanita Sarawak Anyam Tikar Gergasi, Netizen Cuba Teka Nilai Buatan Tangan Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?