• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Elak Sesak Di ATM, Ikuti Panduan Semak Wang Bantuan Prihatin Nasional Ini

Oleh
Ismail NA
9 April 2020
Kongsi
2 Min Bacaan

Ikuti Langkah Mudah Ini

Elak Sesak Di ATM, Ikuti Panduan Semak Wang Bantuan Prihatin Nasional Ini. Permohonan anda sudah diluluskan? Alhamdulillah. Tetapi tahukah anda bagaimana cara menyemak wang Bantuan Prihatin Nasional (BPN) sudah masuk ke dalam akaun anda atau belum?

Cuba ikuti langkah-langkah di bawah.

1. Masukkan nombor kad pengenalan anda ke dalam ruangan di laman sesawang https://bpn.hasil.gov.my/ . Kemudian, klik ‘Cari‘.

2. Masukkan captcha sepertu yang dipaparkan. Klik ‘Semak‘.

3. Jika permohonan anda telah diluluskan, jumlah bantuan akan dipaparkan pada laman sesawang. Untuk menyemak sama ada wang bantuan tersebut telah dikreditkan ke akaun bank anda atau belum, klik ‘Papar Borang‘.

Elak Sesak Di ATM, Ikuti Panduan Semak Wang Bantuan Prihatin Nasional Ini

4. Log masuk ke dalam akaun BPN anda. Sahkan kata kunci keselamatan dan masukkan kata laluan anda.

Elak Sesak Di ATM, Ikuti Panduan Semak Wang Bantuan Prihatin Nasional Ini
Elak Sesak Di ATM, Ikuti Panduan Semak Wang Bantuan Prihatin Nasional Ini

5. Jika status yang dipaparkan mempunyai ‘MAKLUMAT BAYARAN‘, maka anda boleh melihat status ‘BERJAYA KREDIT‘ yang bermaksud wang telah dimasukkan ke dalam akaun bank anda. Namun, jika tiada ‘MAKLUMAT BAYARAN‘ dipaparkan, ini bermaksud wang anda belum dimasukkan ke dalam akaun. Bersabarlah untuk beberapa hari lagi.

Elak Sesak Di ATM, Ikuti Panduan Semak Wang Bantuan Prihatin Nasional Ini

Kaedah ini juga boleh digunakan bagi penerima BPN bujang.

Bagi yang belum menerima maklumat bayaran, usah risau. Pembayaran BPN Fasa 1 ini bermula pada 6 April hingga 15 April ini. Jadi, anda tidak perlu bersesak-sesak di ATM semata-mata untuk menyemak sama ada wang anda telah dimasukkan ke dalam akaun atau pun belum.

Di musim COVID-19 ini, seeloknya anda terus kekal berada di rumah dan gunakan kemudahan laman sesawang dengan sebaiknya.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article COVID-19 : 318 Warga Sarawak Yang Kembali Ke Negeri Dikuarantin Di Tiga Bahagian COVID-19 : 318 Warga Sarawak Yang Kembali Ke Negeri Dikuarantin Di Tiga Bahagian
Next Article Kerajaan Mengecualikan Yuran Pengeluaran Tunai RM1 Di Semua ATM Kerajaan Mengecualikan Yuran Pengeluaran Tunai RM1 Di Semua ATM

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?