• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

EnterSarawak Sudah Tidak Relevan, Ibarat Menabur Garam Pada Luka Industri Pelancongan Sarawak

Oleh
Ismail NA
29 Disember 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) digesa agar menyemak semula keperluan EnterSarawak.

EnterSarawak Sudah Tidak Relevan, Ibarat Menabur Garam Pada Luka Industri Pelancongan Sarawak. Seperti yang ramai sedia maklum, kemasukan ke Sarawak masih tertakluk kepada prosedur yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS). Antaranya adalah seperti keperluan memohon kelulusan EnterSarawak bagi pelawat yang bukan rakyat Sarawak.

Isi Isi Penting
  • Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) digesa agar menyemak semula keperluan EnterSarawak.
  • “EnterSarawak tidak mesra pengguna, susah dan ‘bikin murung'” – Pengerusi MATTA Sarawak
  • Pelawat ragu-ragu bayar pakej, takut tiket hangus akibat permohonan tak lulus
  • Terpaksa cadang melancong negeri selain Sarawak untuk elak prosedur renyah
  • Sebelum ini juga kami pernah mendedahkan ciri-ciri yang perlu diperbaiki dalam aplikasi EnterSarawak :
  • Kerumitan sistem ini juga telah menyebabkan berlakunya sindiket upah haram. Baca selanjutnya di sini :

Walau bagaimanapun, prosedur ini dilihat tidak lagi relevan oleh Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) cawangan Sarawak. Hal ini memandangkan pelbagai sektor telah dibuka semula termasuklah sektor pelancongan.

“EnterSarawak tidak mesra pengguna, susah dan ‘bikin murung'” – Pengerusi MATTA Sarawak

Sehubungan itu, pengerusi MATTA Sarawak, Oscar Choo menggesa agar prosedur EnterSarawak disemak semula untuk kemudahan pelawat ke Sarawak. Tambahnya lagi, mereka telah menerima maklum balas daripada kebanyakan pemohon yang mengadu bahawa permohonan tersebut tidak mesra pengguna, menyusahkan, serta mengakibatkan kegelisahan yang tidak berasas disebabkan keputusan permohonan yang keluar pada saat akhir.

EnterSarawak Sudah Tidak Relevan, Ibarat Menabur Garam Pada Luka Industri Pelancongan Sarawak
EnterSarawak Sudah Tidak Relevan, Ibarat Menabur Garam Pada Luka Industri Pelancongan Sarawak. Tangkap layar aplikasi EnterSarawak

Untuk menangani masalah ini, rakan-rakan industri pelancongan di Sarawak telah berganding bahu dan mencuba sedaya upaya untuk membantu pelawat untuk melengkapkan permohonan tersebut walaupun mereka sendiri tidak begitu arif tentang aplikasi EnterSarawak.

Lebih memburukkan keadaan, talian hotline JPBNS sering kali gagal untuk dihubungi, menyebabkan tugas menjawab kemusykilan dan pertanyaan pelawat tentang aplikasi tersebut terpaksa ditanggung oleh ejen pelancongan.

Pelawat ragu-ragu bayar pakej, takut tiket hangus akibat permohonan tak lulus

Beban yang ditanggung oleh ejen pelancongan di Sarawak juga bertambah berat apabila pelawat ragu-ragu untuk membayar pakej pelancongan yang telah ditempah, baik secara deposit mahupun secara bayaran penuh. Hal ini kerana mereka khuatir bahawa tiket penerbangan dan tempat tinggal mereka ‘hangus’ begitu sahaja sekiranya permohonan mereka tidak diluluskan dengan segera. Apatah lagi, kelulusan ini lazimnya hanya diterima sehari sebelum penerbangan. Malah, ada yang baru menerima kelulusan beberapa jam sebelum penerbangan.

EnterSarawak Sudah Tidak Relevan, Ibarat Menabur Garam Pada Luka Industri Pelancongan Sarawak
Kredit : The Moodie Davitt Report

Situasi ini menyebabkan ejen pelancongan dan pemain industri di Sarawak terkedu sekiranya diajukan pertanyaan tersebut kerana mereka juga tidak dapat menjangka apa yang bakal berlaku seterusnya, terutamanya dalam perihal kelulusan EnterSarawak.

Terpaksa cadang melancong negeri selain Sarawak untuk elak prosedur renyah

Penggunaan EnterSarawak turut dirasakan sesuatu yang menyusahkan buat rakan industri dari luar Sarawak sehingga mereka terpaksa mencadangkan negeri lain untuk dijadikan destinasi pelancongan seperti negeri Sabah yang kini sedang menyaksikan kebangkitan semula dalam industri pelancongan.

Prosedur ini sepatutnya dilonggarkan, apatah lagi rakyat Malaysia kini sudah dibenarkan dan digalakkan untuk melancong dalam negara bagi menyuntik semula ekonomi pelancongan. Industri pelancongan kini sedaya upaya untuk kembali hidup, dan bertahan. Namun, EnterSarawak ini pula yang menambah beban ibarat menabur garam di luka.

Apa pendapat anda tentang perkara ini? Wajar atau tidak EnterSarawak dimansuhkan? Layangkan pendapat anda di ruangan komen.

Sebelum ini juga kami pernah mendedahkan ciri-ciri yang perlu diperbaiki dalam aplikasi EnterSarawak :

Kerumitan sistem ini juga telah menyebabkan berlakunya sindiket upah haram. Baca selanjutnya di sini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Harga Buffet Serendah RM68, Ini 5 Senarai Hotel Kuching Yang Menawarkan Harga Terendah Sempena Tahun Baru Harga Buffet Serendah RM68, Ini 5 Hotel Kuching Yang Menawarkan Harga Terendah Sempena Tahun Baru
Next Article Lelaki Indonesia Ini Rela Disuntik Vaksin 14 Kali Demi Dapatkan Sijil Vaksin Untuk Golongan Anti-Vaksin Lelaki Indonesia Ini Rela Disuntik Vaksin 14 Kali Demi Dapatkan Sijil Vaksin Untuk Golongan Anti-Vaksin

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?