• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ketahui Etnik Formosa, Etnik Yang Mirip Dengan Etnik Di Sabah Sarawak

Oleh
Nazihah AN
16 Julai 2024
Kongsi
4 Min Bacaan
Etnik Formosa, Etnik Yang Mirip Dengan Etnik di Sabah Sarawak

Mengungkap Persamaan Etnik Formosa dan Etnik Sabah Sarawak

Ketahui Etnik Formosa, Etnik Yang Mirip Dengan Etnik di Sabah Sarawak. Bila sebut Taiwan, pasti kita terbayangkan warganegaranya yang bermata sepet dan berbahasa Cina. Memang betul majoriti mereka berbahasa Mandarin, Hokkien, dan Hakka.

Taiwan juga adalah sebuah kepulauan milik Republik China walaupun mempunyai hubungan yang kompleks. Namun, tahukah anda penduduk asal Taiwan bukanlah seperti yang kita lihat sekarang?

Etnik Formosa, Etnik Yang Mirip Dengan Etnik di Sabah Sarawak
Sumber: Soscili

Suku Formosa di Taiwan yang Menyerupai Etnik Sabah & Sarawak

Sekali pandang, cara pemakaian suku Formosa di Taiwan mirip dengan suku kaum di Sabah dan Sarawak. Pakaian berwarna gelap yang dipakai oleh suku Formosa menyerupai pakaian tradisional masyarakat Kadazandusun, Murut dan Rungus di Sabah.

Suku Dayak bukan sahaja ada di Sarawak dan Sabah, tapi juga di Brunei dan Kalimantan, Indonesia. Malah, pernah terjadi kekeliruan di mana media Indonesia menuduh Malaysia ‘mencuri’ tarian suku Dayak di Kalimantan pada Pesta Buku Frankfurt (FBF) 2014.

Suku kaum asli Taiwan pula dikenali sebagai suku Formosa. Mereka adalah penduduk asal kepulauan ini sebelum kedatangan kaum lain.

Pada abad ke-16, sekitar tahun 1582, Portugis pertama kali tiba di pulau ini. Terpesona dengan kecantikan semula jadi pulau ini, mereka menamakannya sebagai Ilha Formosa atau ‘Pulau Cantik’. Nama Formosa kekal terkenal sehingga sekurang-kurangnya pada awal abad ke-20 dan merupakan nama asal bagi Taiwan yang biasa digunakan dalam kesusasteraan Eropah.

Pada tahun 1624, Belanda menjajah Taiwan dan menemui orang asli Formosa. Belanda menganggap cara hidup kaum Formosa sebagai barbaric dan memaksa mereka untuk bertani. Namun, kaum asli menolak idea ini kerana bercucuk tanam adalah pekerjaan wanita dan dianggap susah.

Oleh itu, Belanda mengimport buruh dari China yang merupakan Bangsa Han. Mereka dibawa masuk secara besar-besaran dan diberi peralatan, lembu, dan benih untuk memulakan pertanian. Belanda mengambil satu persepuluh hasil pertanian sebagai cukai.

Formosa bebas selama dua dekad sebelum China menguasai kepulauan ini pada akhir abad ke-17 dan memerintah Taiwan selama dua abad. Kemudian, Jepun memperoleh Taiwan pada tahun 1895 selepas Perang Sino-Jepun pertama dan menjadikan Taiwan sebagai tanah jajahan kembali. Suku kaum asli Formosa terus terpinggir dan menjalani hidup mereka sendiri.

Sebelum kedatangan Bangsa Han dari China pada abad ke-16, terdapat kira-kira 400,000 hingga 500,000 suku Formosa. Namun, jumlah mereka berkurangan dengan kemasukan Bangsa Han ke pulau ini. Dianggarkan sebanyak 1.2 juta orang berpindah dari China ke Taiwan sehingga akhir 1940-an dan awal 1950-an.

Pada Ogos 2016, Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen, meminta maaf secara rasmi kepada suku Formosa atas ketidakadilan yang dihadapi selama 400 tahun. Kerajaan Taiwan juga bercadang untuk menubuhkan Taiwan Indigenous People Cultural Foundation, sebuah taman budaya seluas 82 hektar di Pingtung, Taiwan. Taman ini berfungsi untuk memberikan informasi tentang penduduk Formosa dan melestarikan kebudayaan mereka.

Sehingga kini, asal-usul suku Formosa masih diperdebatkan. Ada teori yang mengatakan mereka berasal dari Nusantara, dan ada yang mengatakan sebaliknya. Bukti saintifik menunjukkan suku-suku di Borneo mempunyai usia genetik yang lebih tua berbanding di China, menjadikan teori suku Asia Tenggara membenihkan bangsa China lebih boleh diterima.

Suku Formosa yang merupakan penduduk asal Taiwan mempunyai banyak persamaan dengan etnik di Sabah dan Sarawak. Dari perspektif linguistik dan genetik, nenek moyang masyarakat Dusun di Sabah mungkin berpindah dari Taiwan ribuan tahun lalu. Meskipun asal-usul mereka masih diperdebatkan, hubungan antara suku Formosa dan suku kaum di Borneo jelas memberi gambaran tentang sejarah penghijrahan manusia di rantau ini.

Baca juga kisah menarik di Borneo di bawah:

Kenali Sejarah dan Asal Usul Suku Kaum Lahanan, Etnik Minoriti Di Sarawak
Pengaruh Sejarah Kesultanan Brunei Dalam Pembentukan Masyarakat Sabah

SUMBER :Soscili
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hasil Karya Anak Sarawak, Filem ‘No More Drugs’ Ditayangkan Percuma Di Sibu
Next Article Atlet MMA Sarawak, Pang Sze Teng Cipta Sejarah Di Kemboja Dengan Pingat Emas Atlet MMA Sarawak, Pang Sze Teng Cipta Sejarah Di Kemboja Dengan Pingat Emas

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?