fbpx
Event Menarik#innovatesarawak

Ikuti Siri Perkongsian Dan Sesi Soal Jawab ‘Online’ Untuk Usahawan Syarikat Pemula

Kini Anda Boleh Berinteraksi Dengan Mentor Dan Pakar Tidak Kira Di Mana Jua!

Ikuti Siri Perkongsian Dan Sesi Soal Jawab ‘Online’ Untuk Usahawan Syarikat Pemula. Berita baik untuk syarikat pemula! Walau pun seluruh negara kini berdepan perintah kawalan pergerakan, namun ia bukanlah penghalang untuk terus menimba ilmu bersama para mentor, pelabur serta pakar industri untuk mengembangkan lagi syarikat pemula anda.

Oleh itu, Hub Inovasi Digital TEGAS-SMA kini mengadakan siri perkongsian dan sesi soal jawab secara atas talian bagi menghubungkan anda dengan ilmu serta kemahiran perniagaan walau di mana sahaja anda berada. Tak kiralah anda kini sedang berada di kota mahu pun desa, mereka sedia membantu anda!

Startup Lab – Ask A Mentor : Siri ‘Live’ Instagram Bersama Mentor TEGAS Startup Lab

TEGAS Startup Lab merupakan program yang dilahirkan atas kepercayaan menghubungkan syarikat pemula dengan mentor, pelabur dan pakar industri yang tepat adalah langkah terbaik membantu mereka berkembang dengan jayanya.

Oleh itu, TEGAS membawakan kepada anda, Startup Lab – Ask A Mentor, sebuah siri ‘live’ di platform laman sosial Instagram khas untuk mengupas isu yang sering dihadapi oleh syarikat pemula dan solusi yang boleh mereka aplikasikan untuk terus berkembang.

Untuk pengetahuan anda, ini merupakan siri ‘live’ yang kedua selepas siri yang pertama bersiaran secara langsung di Instagram pada 23 Mac 2020 bersama Azuar Zainudin.

Ikuti Siri Perkongsian Dan Sesi Soal Jawab 'Online' Untuk Usahawan Syarikat Pemula
Ikuti Siri Perkongsian Dan Sesi Soal Jawab ‘Online’ Untuk Usahawan Syarikat Pemula

Dalam sesi ‘live’ kali ini, anda akan bersama Juvita T. Wan, pengasas bersama Tuyang Initiative, untuk membincangkan bagaimana syarikat pemula dan perusahaan sosial berhadapan dengan ketidaktentuan disebabkan oleh situasi kesihatan awam yang sedang melanda ketika ini.

Jangan lupa temujanji anda bersama mentor anda pada 30 Mac 2020, Isnin, jam 11 pagi.

Innovate Sarawak Speaker Series, Siri Perkongsian Yang Pertama Kali Diadakan Secara ‘Online’

Seiring dengan Startup Lab – Ask A Mentor, siri perkongsian Innovate Sarawak Speaker Series juga turut diadakan secara atas talian. Apa yang menarik perhatian ialah ini merupakan julung kali siri perkongsian diadakan secara atas talian (online) kerana Innovate Sarawak Speaker Series sebelum ini diadakan di Hub Inovasi Digital TEGAS-SMA.

Setakat ini, terdapat 2 siri atas talian yang telah dijadualkan. Untuk siri pertama, usahawan syarikat pemula yang mengikuti sesi perkongsian atas talian ini akan bersama speaker Hussin Khan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), EFXCO.

Speaker ini bukan calang-calang orangnya! Beliau merupakan salah seorang daripada pasukan produksi bagi beberapa filem popular di dunia seperti X-Men: First Class, 300: Rise of an Empire, Django Unchained, dan juga Life of Pi –  sebuah filem yang pernah memenangi Anugerah Akademi. Pada tahun 2013, Hussin telah mengasaskan EFXCO, sebuah Pusat Latihan dan Pensijilan Bertauliah ADOBE, Unity dan NUKE yang berpangkalan di Cyberjaya. Selain itu, beliau turut diiktraf sebagai salah seorang “Digital Heroes” Malaysia oleh Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC).

Tajuk untuk perkongsian beliau pada 2 April 2020 (9-10 malam) akan datang adalah, “COVID-19 : Practical Tips for Entrepreneurs”. Sekiranya anda ingin mengetahui petua-petua berguna untuk usahawan bagi menghadapi COVID-19, sesi Facebook LIVE ini sangat sesuai untuk anda.

Siri kedua pula bakal menampilkan seorang lagi speaker iaitu Feroz Hayat Khan, Pengarah Blankscript Consultants Sdn. Bhd.

Usahawan syarikat pemula yang mengikuti siri perkongsian atas talian ini akan bersama speaker iaitu Feroz Hayat Khan, pengarah Blankskript Consultants Sdn. Bhd.

Bagi anda yang kurang mengenali speaker untuk Innovate Sarawak Speaker Series kali ini, beliau mempunyai pengalaman profesional selama 10 tahun di Sarawak Energy Berhad (SEB). Sepanjang tempoh tersebut, beliau telah mengetuai lebih 60 orang pekerja yang merangkumi pelbagai bidang penting dalam perniagaan seperti Khidmat Pelanggan, Pengurangan Kerugian serta Pentadbiran dan Kewangan.

Selain itu, beliau juga memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang elektrikal dan elektronik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan MBA dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Bukan itu sahaja, Feroz Hayat Khan turut mempunyai Sijil Coaching & Mentoring dari Institute of Leadership and Management di England.

Bidang kepakaran beliau ialah pembangunan jaminan kompetensi, pengurusan strategik, dan pengurusan operasi. Kini, beliau membantu kerajaan Sarawak melalui Leadership Institute dalam meningkatkan kemahiran digital dalam kalangan Penjawat Awam Negeri Sarawak.

Sehubungan itu, siri perkongsian bersama speaker Feroz Hayat Khan yang bertajuk “BUSINESS RISK MANAGEMENT : WHY YOU NEED IT NOW MORE THAN EVER” bakal memberikan persepsi yang lebih mendalam tentang ilmu pengurusan risiko perniagaan kepada anda sebagai syarikat pemula.

Anda boleh mengikuti siri perkongsian ini menerusi sesi Facebook ‘LIVE’ di laman Facebook SMA – TEGAS Digital Innovation Hub pada 6 April 2020 (Isnin) jam 11 pagi hingga 12 tengah hari.

Rebut peluang ini dan tingkatkan kemahiran perniagaan syarikat pemula anda sekarang!

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close