fbpx
Event Menarik

Karnival Pendidikan Tinggi Negara Kembali Lagi, Puluhan Institut Pengajian Tinggi Menanti Anda!

Thank u, next!

Karnival Pendidikan Tinggi Negara Kembali Lagi, Puluhan Institut Pengajian Tinggi Menanti Anda! Tahniah kepada mereka yang dapatkan keputusan SPM baru-baru ini. Sekarang anda sudah dapatkan keputusan anda, adakah anda tertanya-tanya ke mana hendak pergi untuk melanjutkan pelajaran anda? Mari kita tengok jadual tarikh dan lokasi Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2020 yang akan diadakan di Sabah dan Sarawak!

Karnival Pendidikan Tinggi Negara Kembali Lagi, Puluhan Institut Pengajian Tinggi Menanti Anda! Kredit: Giphy

Karnival anjuran Jabatan Pengajian Tinggi

Dalam usaha untuk mempromosi universiti awam dalam Malaysia serta menarik minat bakal pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi, Jabatan Pengajian Tinggi menganjurkan Karnvial Pendidikan Tinggi Negara untuk kemudahan anda. Diharapkan dengan pengusahaan untuk memberi pendedahan tentang betapa pentingnya ilmu dan memberi info tentang program pengajian yang ada di universiti di Malaysia, karnival ini memudahkan anda (atau kepada para ibu bapa yang membaca artikel ini) untuk mempertimbangkan beberapa pengajian yang sesuai bagi anda atau anak-anak anda.

Jadual dan Lokasi Karnival di Sabah dan Sarawak

Sekiranya berminat untuk berkunjung ke karnival ini untuk kemudahan anda, anda boleh pergi ke lokasi ini pada tarikh yang ditetapkan:

  • SABAH – Sabah International Convention Centre, 7 – 8 Mac 2020
  • SARAWAK – Borneo Conventional Centre Kuching, 21 – 22 Mac 2020

Manfaat Menghadiri Karnival

Selain memberi pencerahan tentang hala tuju pendidikan ke peringkat seterusnya, anda juga akan diterangkan maklumat penting tentang IPT dalam negara termasuk program yang ditawarkan. Karnival ini akan mempunyai beberapa wakil institut untuk membantu anda untuk memudahkan anda untuk membuat keputusan yang betul dalam membuat pilihat melanjutkan pengajian tinggi.

Disamping itu, anda akan mendapatkan maklumat jelas berhubung peluang melanjutkan pengajian di IPT termasuk program ditawarkan mengikut kesesuaian kelayakan akademik di mana anda dibantu untuk membuat perbandingan dengan IPT lain mengikut kesesuaian. Sehubungan dengan itu, anda akan memperoleh maklumat lanjut mengenai pilihan program pengajian yang diminati.

Dinasihatkan untuk membawa keputusan peperiksaan serta sijil berkaitan bersama

Sekiranya anda sekeluarga berminat untuk berkunjung ke karnival ini untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila bawakan dokumen-dokumen kaitan untuk memudahkan proses perbandingan IPT serta mengetahui program yang mana sesuai untuk anda. Semoga berjaya!

Kredit: Giphy

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close