fbpx
Event Menarik

Meriahkan Pesta Kalimaran, Perayaan Kaum Murut Di Sabah Bermula 26 Mac Ini

Pesta Ini Telah Menjadi Salah Satu Perayaan Di Sabah Selain Pesta Kaamatan

Meriahkan Pesta Kalimaran, Perayaan Kaum Murut Di Sabah Bermula 26 Mac Ini. Pesta Kalimaran adalah salah satu perayaan terbesar di Sabah selain daripada Pesta Kaamatan. Ia merupakan perayaan bagi suku kaum Murut dan disambut pada 31 Mac setiap tahun. Kaum Murut merupakan suku kaum ketiga terbesar di Sabah selepas Kadazan-Dusun dan Bajau. Murut bermaksud ‘Orang Bukit’ atau ‘Men of the Hills‘ yang menetap di kawasan lereng bukit pedalaman dan bekerja sebagai petani dan pemburu.

Semasa perayaan ini, anda boleh mengenali dengan lebih dekat kebudayaan serta cara hidup masyarakat Murut kerana ia disambut dengan pelbagai acara yang berteraskan kesenian dan kebudayaan. Contohnya seperti tarian, pembuatan kraf tangan, nyanyian, masakan dan sebagainya.

Meriahkan Pesta Kalimaran, Perayaan Kaum Murut Di Sabah Bermula 26 Mac Ini
Kredit : Rileklah.com
Meriahkan Pesta Kalimaran, Perayaan Kaum Murut Di Sabah Bermula 26 Mac Ini
Kredit : Azman Jumat via Flickr

Untuk pengetahuan anda, Kalimaran merujuk kepada aktiviti pembuatan kraftangan asli Murut yang merupakan gabungan perkataan ‘ralaa’ dan ‘alimar’. ‘Ralaa’ bermaksud wanita muda manakala ‘alimar’ pula membawa makna gigih bekerja, tekun, memiliki minda yang kuat dan rajin.

Perayaan Ini Berasal Dari Kisah Tragis Wanita Muda Yang Dikorbankan

Menurut legenda masyarakat Murut di Sabah, asal usul perayaan ini adalah daripada seorang wanita muda Murut yang bernama Ralaa. Ralaa merupakan seorang wanita muda yang rajin bekerja. Namun abangnya, Yolomor, percaya bahawa perbuatan mengorbankan adiknya mampu membawa kebaikan kepada seluruh masyarakat di kampungnya. Sebelum dikorbankan, Ralaa sempat mengeluarkan pelbagai hasil kraftangan seperti tikar, silaung, tikalis, buyung, lintoyog dan onot dengan menggunakan bahan asas hutan seperti buluh, rotan dan bamban. Hasil kraftangan terakhir yang dihasilkan oleh Ralaa ialah tenunan kain Sampoi yang menggunakan benang dari akar pokok Timahan. Akhirnya, Ralaa dikorbankan oleh abangnya untuk dijadikan sebagai benih untuk ladang pertanian.

Dari kiri : Bakul, takinan bertiang, silaung, bakul segi empat, kelarai dan buyung. Kredit : FB Awesome Crafts

Bagi anda yang tidak begitu mengenali latar belakang etnik Murut, Persatuan Murut Sabah (PMS) telah mengiktiraf 8 lagi sub-etnik di bawahnya iaitu ;

  1. Murut Taghol/Tahol (Sepulut, Pensiangan, Sipitang)
  2. Murut Timugon (Tenom, Kemabong, Beaufort)
  3. Murut Nabai
  4. Murut Kolor (Tenom, Kemabong, Beaufort)
  5. Murut Paluan (Tenom, Keningau, Sungai Padas)
  6. Murut Sembakung/Sabakong (Pulau Sebatik, Tawau)
  7. Murut Gana
  8. Murut Baukan/Bookan (Hulu Sook, Keningau)
Pakaian tradisi wanita etnik Murut. Kredit : Suili George

Pesta Kalimaran atau Pesta Kesenian ini telah dijadikan sebagai perayaan tahunan di Sabah sejak tahun 2003. Pusat perayaannya pula tertumpu di kawasan majoriti etnik Murut iaitu di Tenom, Keningau, Nabawan, Sook, Pegalungan, Kemabong, Sipitang dan Pensiangan. Namun demikian, sambutan terbesar kebiasaannya diadakan di Pusat Kebudayaan Murut, Tenom.

Pusat Kebudayaan Murut, Tenom.
Kredit : Rileklah.com
Meriahkan Pesta Kalimaran, Perayaan Kaum Murut Di Sabah Bermula 26 Mac Ini
Kredit : Rileklah.com

Maginakan Tinauh, Upacara Kahwin Kaum Murut Yang Anda Wajin Tonton

Acara yang paling menarik yang anda mesti saksikan ialah demonstrasi upacara perkahwinan suku kaum Murut iaitu Maginakan Tinauh. Difahamkan, jika seseorang individu ingin mengahwini anak gadis berbangsa Murut, mereka harus menyediakan hantaran seumur hidup atau ‘berian mati’. Hantaran ini hendaklah ditunaikan sekiranya ditagih oleh keluarga keluarga pihak gadis sehingga ke akhir usia atau pun sepanjang usia perkahwinan. Upacara Tinauh ini kebiasaannya akan diadakan selama seminggu. Namun, untuk tujuan demonstrasi Pesta Kalimaran, ia disingkatkan kepada 1 hari sahaja.

Sempena sambutan Pesta Kalimaran pada tahun ini, pelbagai aktiviti lain yang menarik juga bakal diadakan di sana. Antaranya seperti ;

  • Pertandingan rekaan pakaian kontemporari Murut
  • Pertandingan ratu cantik Ralaa Kalimaran
  • Pertandingan peragaan pakaian kanak-kanak (Lalaing Matalur)
  • Pertandingan Kalawon Kalimaran
Meriahkan Pesta Kalimaran, Perayaan Kaum Murut Di Sabah Bermula 26 Mac Ini
Meriahkan Pesta Kalimaran, Perayaan Kaum Murut Di Sabah Bermula 26 Mac Ini
Meriahkan Pesta Kalimaran, Perayaan Kaum Murut Di Sabah Bermula 26 Mac Ini
Meriahkan Pesta Kalimaran, Perayaan Kaum Murut Di Sabah Bermula 26 Mac Ini
Meriahkan Pesta Kalimaran, Perayaan Kaum Murut Di Sabah Bermula 26 Mac Ini

Bukan itu sahaja, jika anda merupakan seorang yang berbangsa Murut dan berbakat dalam ciptaan lagu, anda mungkin berminat untuk menyertai pertandingan Butitin Kalimaran ini.

Meriahkan Pesta Kalimaran, Perayaan Kaum Murut Di Sabah Bermula 26 Mac Ini

Jika anda berkunjung ke Sabah pada hujung bulan ini, jangan lupa untuk memeriahkan lagi Pesta Kalimaran di Tenom. Sambil-sambil makan angin, dapat lah juga cuci mata melihat kraftangan asli Murut. Tak pun, sumandak cantik juga ada bah tu!

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close