fbpx
Event Menarik

Pesta Belon Borneo 2020 Bakal Diadakan Di Kuching Buat Julung Kalinya

Pesta ini akan diadakan pada 11 hingga 12 April 2020

Pesta Belon Borneo 2020 Bakal Diadakan Di Kuching Buat Julung Kalinya. 6 buah belon udara panas bakal memeriahkan perkarangan Dataran Perayaan Jalan Stadium Kuching pada 11 dan 12 April 2020. Tiga daripadanya dipamer manakala tiga lagi  diterbangkan secara tertambat untuk dinaiki pengunjung dengan bayaran RM50 bagi setiap penumpang.

Pesta Belon Borneo 2020 Bakal Diadakan Di Kuching Buat Julung Kalinya
[ GAMBAR HIASA] Pesta Belon Borneo 2020 Bakal Diadakan Di Kuching Buat Julung Kalinya

Hasil jualan tiket menaiki belon panas itu akan disalurkan kepada badan-badan amal

Bagi anda yang ingin hadir ke Pesta ini, kemasukan adalah percuma. Jika anda ingin mencuba belon tersebut pula, tambang sebanyak RM50 seorang akan dikenakan. Belon-belon tersebut pula akan diterbangkan secara tertambat oleh juruterbang terlatih setinggi 60 kaki. Cukup untuk anda mendapatkan pemandangan menarik dari udara kan? Menariknya juga, hasil jualan tiket ini nanti akan disalurkan kepada badan-badan amal yang dipilih oleh penganjur.

Pesta Ini Terbuka Pada Dua Sesi

Pesta ini dibahagikan kepada dua sesi iaitu :
1. Sesi pagi (6.30 pagi hingga 9.30 pagi) dan
2. Sesi petang (6 petang hingga 9 malam)
Bagaimanapun ia dibuka kepada orang ramai dari jam 6.30 pagi hingga 9.30 malam, menurut Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah ketika sidang media yang diadakan semalam.

Acara kemuncak pesta ini ialah pertunjukan ‘Night Glow’

Pertunjukan ‘Night Glow’ adalah pertunjukan di mana belon udara panas akan dinyalakan mengikut rentak muzik dan lampu pada jam 8.45 malam bagi menandakan tamatnya aktiviti seharian pesta. Selain itu ada juga aktiviti aktivi lain seperti ‘Bubble Soccer Game’, ‘Bungee Run’, aksi lucu badut dan ahli sarkas diadakan untuk hiburan seharian pengunjung.

Jadi jika anda ingin merasai pengalaman lain dari yang lain pada 11 hingga 12 April 2020 ini, maka jangan lepaskan peluang untuk hadir memeriahkan Pesta Belon Borneo 2020 kali ini.

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close