fbpx
Event Menarik

Serian International Bike Week 2020 Bakal Gegarkan Serian April Ini

Berita baik untuk penggemar industri permotoran di kawasan Serian dan sekitar!

Serian International Bike Week 2020 Bakal Gegarkan Serian April Ini. Jika anda merupakan peminat industri permotoran, jangan lepaskan peluang anda untuk hadir ke Serian International Bike Week 2020 yang akan diadakan pada 3-5 April ini di Bandar Serian. Serian International Bike Week adalah acara berprestij yang mendapat sambutan hangat tahun lepas dengan berjaya mengumpul ribuan peminat yang datang memeriahkan acara tersebut.

Serian International Bike Week 2020 Bakal Gegarkan Serian April Ini

Kehadiran penunggang motosikal berkuasa tinggi ada yang dari Brunei, Indonesia, Sabah dan Semenanjung dijangka mencuri tumpuan

Menurut Pengerusi penganjur 2nd International Serian Bike Week Shafwan Mahri, mereka menjangkakan mendapat sambutan menggalakkan daripada pelancong tempatan dan luar negara. Ditambah lagi dengan kehadiran bikers dari Brunei, Indonesia, Sabah dan juga Semenanjung Malaysia. Tahun lepas, Serian International Bike Week turut dihangatkan lagi dengan pelancong dari luar negara seperti dari Brazil dan juga Amerika Syarikat, nyata menunjukkan kejayaan acara ini. Tahun ini, seramai 60 ribu orang dijangka memeriahkan 2nd Serian International Bike Week ini.

Serian International Bike Week 2020 Bakal Gegarkan Serian April Ini
Gambar : 1st Serian International Bike Week 2019

Tahun ini, Serian International Bike Week 2020 akan dimeriahkan lagi dengan pelbagai aktiviti. Antara aktiviti aktiviti tersebut adalah :
1. Miss Serian Bike Week 2020
2. ‘Stuntmen’ acara motosikal
3. Pentas hiburan
4. Sukaneka
5. Jualan, Pameran dan sebagianya

Serian International Bike Week 2020 Bakal Gegarkan Serian April Ini

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close