fbpx
Event Menarik#innovatesarawak

Sertai 2 Program E-Learning Percuma Ini Untuk Tingkatkan Kemahiran Anda

Ada Siri Yang Tawar Sehingga 100% Diskaun!

Sertai 2 Program E-Learning Percuma Ini Untuk Tingkatkan Kemahiran Anda. Adakah anda berasa sendu dan sedikit kurang produktif selepas Perintah Kawalan Pergerakan dilonggarkan? Apa kata anda sertai siri e-learning percuma anjuran Hub Inovasi Digital SMA-TEGAS ini.

Dengar khabar, ia dikendalikan oleh pakar-pakar industri yang berpengalaman.

Rugi kitak orang sik join!

1. 3D Modelling with SketchUp (Chumbaka)

Anda minat mereka, mencipta dan mencetak objek 3D? Siri e-learning ini merupakan kursus yang tepat untuk anda!

3D Modelling with SketchUp (Chumbaka) adalah sebuah siri e-learning yang akan mengajar anda tentang asas perisian pembuatan model 3D iaitu SketchUp. Melalui kursus ini juga, anda bakal mempelajari tentang konsep lakaran, dimension modelling, melakar objek 3D mengikut ukuran sebenar dan macam-macam lagi.

Sertai 2 Program E-Learning Percuma Ini Untuk Tingkatkan Kemahiran Anda
Sertai 2 Program E-Learning Percuma Ini Untuk Tingkatkan Kemahiran Anda
Sertai 2 Program E-Learning Percuma Ini Untuk Tingkatkan Kemahiran Anda

Sesi e-learning ini akan diadakan dalam dua bahagian iaitu bahagian pertama pada 7 hingga 9 Julai manakala bahagian kedua akan diadakan pada 14 hingga 16 Julai 2020.

Anda akan diajar tentang asas model 3D yang terkini dari jam 8 pagi hingga 9.30 pagi.

Bukan itu sahaja, anda akan diberikan e-Certificate, sebuah penggantung kunci 3D serta pendaftaran akaun percuma Chumbaka World.

Terbuka kepada warga Sarawak yang berusia 16 tahun dan ke atas. Hanya dengan RM 10 yuran komitmen, anda sudah boleh mereka model 3D anda sendiri!

Rebut slot anda dengan mendaftar di pautan berikut :

https://bit.ly/TEGASCBKCH

2. Risk Management for Business and Organizations

Bagi anda yang mempunyai perniagaan pula, siri e-learning ini pula adalah sesuatu yang harus anda ikuti agar anda dapat menguruskan risiko pengurusan dengan berkesan.

Sertai 2 Program E-Learning Percuma Ini Untuk Tingkatkan Kemahiran Anda

Bersama instruktor berpengalaman, Feroz Hayat Khan, anda akan didedahkan dengan ilmu pengurusan risiko perniagaan serta merangka pelan tindakan dan laporan pengurusan.

Untuk pengetahuan anda, beliau mempunyai pengalaman profesional selama 10 tahun di Sarawak Energy Berhad (SEB).

Sepanjang tempoh tersebut, beliau telah mengetuai lebih 60 orang pekerja yang merangkumi pelbagai bidang penting dalam perniagaan seperti Khidmat Pelanggan, Pengurangan Kerugian serta Pentadbiran dan Kewangan.

Bukan itu sahaja, beliau turut mempunyai Sijil Coaching & Mentoring dari Institute of Leadership and Management di England.

Bidang kepakaran beliau ialah pembangunan jaminan kompetensi, pengurusan strategik, dan pengurusan operasi. Kini, beliau membantu kerajaan Sarawak melalui Leadership Institute dalam meningkatkan kemahiran digital dalam kalangan Penjawat Awam Negeri Sarawak.

Kursus ini ditawarkan dengan 100% diskaun yuran kepada 100 warga Sarawak pertama sahaja. Sebaik sahaja anda mendaftar, anda akan mendapat akses ke sesi pengajaran dan modul secara atas talian.

Daftar penyertaan anda di pautan ini :

https://bit.ly/TEGASXBA

Guna kod promo SMATEGAS dan bersedia untuk mendalami ilmu pengurusan risiko perniagaan.

Sertai 2 Program E-Learning Percuma Ini Untuk Tingkatkan Kemahiran Anda

Selain itu, Hub Inovasi Digital SMA-TEGAS kini sedang menjayakan beberapa lagi siri e-learning iaitu Smartphone Videography for Business & Social Media Marketing (Edisi Online) serta Creative Computing for Kids All Aboard.

Smartphone Videography for Business & Social Media Marketing (Edisi Online) merupakan sebuah siri e-learning untuk meningkatkan lagi kreativiti videografi. Lebih menariknya, program ini dirangka khusus untuk individu yang bergiat aktif dalam perniagaan dan pemasaran sosial media.

Para peserta tentunya berpeluang mempelajari teknik videografi setaraf penggambaran Hollywood serta memanfaatkan kelebihan tersebut walau pun hanya dengan menggunakan kamera telefon pintar.

Program ini berlangsung pada 23 hingga 24 Jun 2020.

Sertai 2 Program E-Learning Percuma Ini Untuk Tingkatkan Kemahiran Anda

Creative Computing for Kids All Aboard pula merupakan program e-learning yang direka khas untuk kanak-kanak.

Menerusi kursus ini, para peserta akan didedahkan dengan asas pengaturcaraan grafik, pembuatan animasi Stickman dan seni piksel, serta reka bentuk permainan.

Program ini telah berlangsung sejak 15 hingga 19 Jun yang lalu untuk bahagian pertama manakala bahagian kedua dan ketiga bakal menyusul pada 22 hingga 26 Jun dan 29 hingga 30 Jun 2020.

Sertai 2 Program E-Learning Percuma Ini Untuk Tingkatkan Kemahiran Anda

Usahawan syarikat pemula juga boleh mencabar perniagaan mereka ke peringkat yang lebih tinggi dengan menyertai program ini :

Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang program yang dianjurkan oleh Hub Inovasi Digital SMA-TEGAS, layari laman sesawang dan sosial media mereka di pautan berikut :

Laman sesawang : https://www.innovatesarawak.com/

Facebook : SMA-TEGAS Digital Innovation Hub

Instagram : @tegasdigital

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close