• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Fasa Monsun Hingga Mac 2022 Di Perairan Sarawak, Nelayan Bot Kecil Disaran Untuk Tidak Turun Ke Laut

Oleh
Nazihah AN
4 Januari 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Fasa Monsun Hingga Mac 2022, Nelayan Bot Kecil Disaran Untuk Tidak Turun Ke Laut Di Perairan Sarawak

Keadaan laut buat masa kini mampu mengancam nyawa dan harta benda mereka

Fasa Monsun Hingga Mac 2022 Di Perairan Sarawak, Nelayan Bot Kecil Disaran Untuk Tidak Turun Ke Laut. Telah dilaporkan bahawa nelayan bot kecil disaran untuk tidak turun ke laut buat masa sekarang kerana keadaan laut ketika ini dianggap berbahaya.

Dipetik dari Utusan Borneo, menurut Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Zin berkata, keadaan ini sekali gus mungkin mengancam nyawa dan harta benda mereka.

Jelasnya, saranan tersebut telah dikeluarkan berikutan kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia yang memberi amaran berhubung amaran angin kencang timur laut berkelajuan 40-50 kilometer per jam (kmsj) dan laut bergelora dengan ketinggian ombak 3.5 meter dijangka di kawasan perairan Sarawak.

Fasa Monsun Hingga Mac 2022 Di Perairan Sarawak, Nelayan Bot Kecil Disaran Untuk Tidak Turun Ke Laut
Sumber gambar: Utusan Borneo

Komuniti Maritim di perairan Sarawak perlu sentiasa peka dengan keadaan cuaca

“Ianya membawa kepada keadaan angin kencang dan laut bergelora yang boleh membahayakan bot, rekreasi laut dan sukan laut. Fasa monsun timur laut bermula 3 November 2021 dijangka berlarutan sehingga Mac 2022 yang akan mengakibatkan angin kencang dan hujan lebat berterusan dari timur laut.” jelas beliau.

Memandangkan keadaan cuaca tidak menentu pada waktu ketika ini, komuniti maritim di perairan negeri ini perlu sentiasa peka dengan keadaan cuaca dan keselamatan pergi ke laut.

Bagi industri perkapalan, angin kencang timur laut melebihi 60 km/j dan ombak setinggi 4.5 meter (Kategori 3)di kawasan perairan laut. Keadaan ini memberi kesan buruk kepada pekerja dalam semua aktiviti pesisir pantai, perkapalan, perikanan termasuk pelantar minyak dan perkhidmatan feri.

Sehubungan itu, beliau berkata Maritim Malaysia menggesa industri maritim membatalkan hasrat ke laut buat masa ini.

“Jika keadaan mendesak untuk ke laut dalam kecemasan, utamakan keselamatan, sila sentiasa memakai jaket keselamatan dan merujuk kepada ramalan cuaca untuk memastikan keselamatan kapal, kerana cuaca di laut tidak baik pada masa ini.” tambah beliau.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Doremart Supermarket Yang Tular Di Bandar Sarikei Kini Sudah Buka Cawangan Di Samarindah Dan Batu 7 Doremart Supermarket Yang Tular Di Bandar Sarikei Kini Sudah Buka Cawangan Di Samarindah Dan Batu 7
Next Article Port Baru Untuk Sarapan Pagi Di Kuching, Jom Ke Kedai Roti & Kopi Untuk Menikmati American Breakfast Port Baru Untuk Sarapan Pagi Di Kuching, Jom Ke Kedai Roti & Kopi Untuk Menikmati American Breakfast

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?