• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Fasa Peralihan Monsun Bermula 3 Oktober Ini, Polis Sarawak Siap Sedia Hadapi Banjir Kilat

Oleh
Husna Hazmi
1 Oktober 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Ribut petir dijangka bermula pada 3 Oktober ini.

Fasa Peralihan Monsun Bermula 3 Oktober Ini, Polis Sarawak Siap Sedia Hadapi Banjir Kilat. Dilaporkan Pihak polis Sarawak masing-masing telah bersedia untuk menghadapi fasa peralihan monsun yang dijangka akan membawa cuaca ribut petir bermula 3 Oktober.

Cuaca ribut petir ini dijangka akan berterusan sehingga akhir November tahun ini. Menurut Pesuruhjaya Polis Negeri, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri, seramai 1,663 anggota terdiri daripada 174 pegawai bersedia untuk dikerah jika berlakunya banjir kilat di Sarawak.

Fasa Peralihan Monsun Bermula 3 Oktober Ini, Polis Sarawak Siap Sedia Hadapi Banjir Kilat
Fasa Peralihan Monsun Bermula 3 Oktober Ini, Polis Sarawak Siap Sedia Hadapi Banjir Kilat

Polis akan bekerjasama dengan JBPM, APM, dan ATM

Beliau berkata pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, polis juga akan bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Anggota Tentera Malaysia (ATM) di bawah arahan Majlis Keselamatan Negara.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (SDMC), ribut petir ini dijangka akan berlaku pada waktu lewat petang sepanjang fasa peralihan dan banjir kilat dikhuatiri akan terjadi semasa fasa ini terutamanya di bahagian barat dan tengah Sarawak.

Fasa Peralihan Monsun Bermula 3 Oktober Ini, Polis Sarawak Siap Sedia Hadapi Banjir Kilat

1,064 aset polis juga disediakan

Jelas Datuk Mohd Azman lagi, 1,064 aset polis terdiri daripada kereta, van, unit ambulans, kenderaan pacuan empat roda, lori dan bas, bot dan jetski, serta pesawat dan dron akan disediakan dalam tempoh tersebut.

Aset sokongan seperti 54 set janakuasa elektrik dan 40 khemah juga telah diletakkan dalam senarai barang yang perlu berasa dalam keadaan siap bagi kawasan yang terjejas akibat banjir kilat nanti.

Sarawak setakat ini telah mengenal pasti sebanyak 631 premis yang boleh dijadikan pusat pemindahan banjir yang mampu menampung 188,360 orang imangsa banjir.

Menurut beliau lagi, tugas utama pihak polis adalah untuk menjaga harta benda yang terjejas akibat bencana, mengumpul maklumat berkaitan dan menyediakan bantuan kemanusiaan bersama-sama agensi lain semasa dan selepas banjir.

Fasa Peralihan Monsun Bermula 3 Oktober Ini, Polis Sarawak Siap Sedia Hadapi Banjir Kilat

Penduduk di kawasan rendah bersiap sedia

Oleh demikian, beliau menasihati penduduk di kawasan rendah yang sering dilanda banjir agar bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan, memastikan dokumen penting dalam keadaan selamat dan menyimpan stok makanan kering dan keperluan harian lain.

Dalam masa yang sama, beliau juga berpesan agar rakyat berwaspada dengan sebarang amaran cuaca dan sila berpindah ke pusat pemindahan jika diarah untuk berbuat demikian oleh pihak berkuasa.

Baca lagi di sini berita terkini buat anda:

Jalan Padang Merdeka Yang Sering ‘Tenggelam’ Rupanya Dulu Sebatang Sungai, Ini Penjelasannya
Premier Sarawak Minta Penjawat Awam Jangan Teragak-Agak Untuk Nasihat Menteri
SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Jalan Padang Merdeka Yang Sering 'Tenggelam' Rupanya Dulu Sebatang Sungai, Ini Penjelasannya Jalan Padang Merdeka Yang Sering ‘Tenggelam’ Rupanya Dulu Sebatang Sungai, Ini Penjelasannya
Next Article Pelancaran Program Employ @ SCORE Tawar Banyak Peluang Pekerjaan Di Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?