• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Filem Hollywood Rajah Brooke Sarawak Bakal Ditayangkan Pada Jun 2021

Oleh
Ismail NA
20 Februari 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Filem tersebut ditukar nama daripada ‘Rajah’ kepada ‘Edge Of The World’.

Filem Hollywood Rajah Brooke Sarawak Bakal Ditayangkan Pada Jun 2021. Masih ingatkah anda tentang sebuah produksi filem Hollywood yang bakal mengeluarkan filem yang berkisarkan tentang kehidupan Rajah Putih Sarawak dua tahun yang lalu? Berita baiknya, filem tersebut bakal ditayangkan pada Jun 2021!

Isi Isi Penting
  • Filem tersebut ditukar nama daripada ‘Rajah’ kepada ‘Edge Of The World’.
  • Dari ‘Rajah‘ kepada ‘Edge Of The World‘
  • Filem biopik berdasarkan kisah hidup Rajah Putih Sarawak, Sir James Brooke
  • 100% di Sarawak, rumah panjang dan taman negara jadi lokasi penggambaran berkelas dunia
  • Peter ‘Apai John’ dan Kahar Jini merupakan anak Sarawak yang dipilih oleh penerbit Hollywood
  • Kenali lebih lanjut anak Sarawak yang membintangi filem Hollywood ini :

Menurut penerbit filem ini, Rob Allyn, tayangan filem dijangka akan berjalan seperti yang dijadualkan iaitu pada Jun 2021.

Filem Hollywood Rajah Brooke Sarawak Bakal Ditayangkan Pada Jun 2021
Filem Hollywood Rajah Brooke Sarawak Bakal Ditayangkan Pada Jun 2021
Sumber : Margate House Films

Dari ‘Rajah‘ kepada ‘Edge Of The World‘

Selain itu, filem Hollywood yang dinamakan sebagai ‘Rajah’ sebelum ini juga kini telah ditukar nama kepada ‘Edge Of The World’ bagi menampakkan tajuknya bersifat lebih epik, global dan meluas.

Penerbit Rob turut mengesahkan bahawa Samuel Goldwyn Films juga telah mendapat hak tayangan di Amerika Syarikat. Dengan itu, filem biopik ini juga bakal ditayangkan di Amerika Syarikat dan Malaysia terlebih dahulu pada bulan Jun diikuti negara-negara lain di seluruh dunia. Tayangan di Malaysia pula bergantung kepada keadaan semasa COVID-19.

Filem biopik berdasarkan kisah hidup Rajah Putih Sarawak, Sir James Brooke

Filem Hollywood Rajah ini ditulis sendiri oleh Rob Allyn dan diarahkan oleh Michael Haussman berdasarkan kisah sebenar Rajah Putih pertama Sarawak iaitu Sir James Brooke. James Brooke juga merupakan watak inspirasi di sebalik cerita terkenal garapan Rudyard Kipling pada tahun 1888 yang bertajuk ‘The Man Who Would Be King’ dan novel Joseph Conrad yang bertajuk ‘Lord Jim’.

Filem Hollywood Rajah Brooke Sarawak Bakal Ditayangkan Pada Jun 2021
Johnathan Rhys Meyer (kiri) yang melakonkan watak James Brooke (kanan).

Sedikit sebanyak informasi mengenai James Brooke ialah beliau sebenarnya merupakan seorang bekas askar British yang mengembara dan belayar hingga ke Kepulauan Borneo pada tahun 1839. Kebetulan pada ketika itu, beliau membantu Sultan Brunei menentang pemberontakan lanun dan seterusnya mendapat tanah Sarawak sebagai empayar jajahan peribadinya. Era pemerintahan Rajah Putih di Sarawak berlangsung selama 3 generasi iaitu lebih kurang 100 tahun.

100% di Sarawak, rumah panjang dan taman negara jadi lokasi penggambaran berkelas dunia

Untuk pengetahuan anda, filem ‘Edge Of The World’ ini menjalani penggambaran sepenuhnya di Sarawak dengan suasana hutan, pantai, sungai, taman negara, rumah panjang dan bandar bersejarah di negeri ini. Filem ini juga mendapat sokongan daripada Sarawak Tourism Board (STB) dan menerima rebat Insentif Filem Malaysia (FIMI) daripada FINAS kerana menjalankan penggambaran lokasi di Malaysia. The Brooke Heritage Trust pula bertindak sebagai penasihat teknikal untuk filem ini.

Filem Hollywood Rajah Brooke Sarawak Bakal Ditayangkan Pada Jun 2021
Lokasi penggambaran filem Hollywood ‘Edge Of The World’.
Sumber : FB Kahar Jini

Dibintangi oleh Jonathan Rhys Meyer (Mission Impossible 3) yang memegang watak utama sebagai Rajah Brooke, bersama pelakon Hong Kong, Josie Ho sebagai Madame Lim, Dominic Monaghan (hobbit Merry dalam Lord of the Rings) sebagai Kolonel Arthur Crookshank.

Peter ‘Apai John’ dan Kahar Jini merupakan anak Sarawak yang dipilih oleh penerbit Hollywood

Selain itu, filem ini turut dibintangi oleh anak tempatan Sarawak iaitu Peter John Jaban (Apai John) yang memegang watak penting sebagai Orang Kaya Pemancha dan Kahar Jini yang memegang watak penting sebagai Datuk Patinggi Ali. Mereka turut bergandingan bersama pelakon tersohor Malaysia dan Indonesia seperti Shaheizy Sam, Bront Palarae, Dato’ Rahim Razali serta Atikah Hasiholan.

Filem Hollywood Rajah Brooke Sarawak Bakal Ditayangkan Pada Jun 2021
Kahar Jini dan Peter John Jaban.
Sumber : FB Kahar Jini

Sik sabar mok diat eh! Mudahan masa ya COVID-19 dah reda.

Kenali lebih lanjut anak Sarawak yang membintangi filem Hollywood ini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kes Gaduh Gara-Gara Wanita Pada Hari Valentine Cetus Kluster Green, Kluster Baharu Di Sarawak
Next Article Belum Reda COVID19, Kini H5N8 Pula Dikesan Menjangkiti Manusia Di Russia

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?