Mesti serammm kan?
Filem Janet Sumpah Terlarang Akan Ditayangkan Di Astro First 19 Ogos Ini. Bagi anda yang masih lagi menunggu tarikh keluarnya filem hantu lagenda Sarawak yang amat terkenal ini, sit back and relax Filem Janet Sumpah Terlarang akan berada di panggung rumah anda 19 Ogos 2021 ini di Astro First!
Filem menarik yang diterbitkan oleh Kaya Kenyalang
Filem menarik yang diterbitkan oleh Kaya Kenyalang ini dibintangi oleh pelakon seperti Esma Daniel, Safar Ghafar, Bulan Terry, Natasya Charmine, Aliff Hadi, Ifa Raziah, Roppie dan ramai lagi.
Filem yang diarahkan oleh Mohd Azhar Mohd Khalid atau lebih dikenali sebagai Apache ini bakal mengisahkan tentang cerita hantu lagenda yang amat terkenal di Sarawak pada tahun 70an dan 80an dahulu namun sehingga ke hari ramai yang mengetahui kisahnya.
Terdapat pelbagai versi kisah hantu ini tetapi yang paling popularnya adalah hantu Janet dikatakan menjadi korban untuk pembinaan Jambatan Satok di Kuching.
Dipercayai bahawa masyarakat pada zaman dahulu mempercayai ritual “Korban Semah” bagi pembinaan jambatan tersebut dan syarat utama bagi mempermudahkan ritual tersebut adalah dengan menggunakan kepala (sudah dipenggal) orang yang diculik untuk dijadikan semah kepada penunggu yang sering menghalang pembinaan tersebut.
AKAN DATANG KE PAWAGAM RUMAH ANDA ASTRO FIRST 19 OGOS 2021 INI!!!!!FILEM “JANET SUMPAH TERLARANG”“Janet Sumpah Terlarang” KISAH HANTU LAGENDA SARAWAK dibintang pelakon anak Sarawak seperti Bulan Terry , Safar Bin Ghaffar SG,dan Natasha Charmaine Rickson selain pelakon seperti Ropie Cecupak, Esma Daniel, Ifa Raziah , Alif Hadi , Adik Carissa Azhar.Producer : Sufri Yusop Shamsudin Executive Producer : Hana Hussain Director : Apache Azhar Dop : irwanmunir Script : Nazri M.Annuar
Posted by Sufri Yusop Shamsudin on Wednesday, August 4, 2021
Terdapat beberapa kejadian yang aneh berlaku
Buat pengetahuan anda, sepanjang penggambaran filem seram ini, dikatakan bahawa terdapat beberapa kejadian yang aneh berlaku seperti, lokasi penggambaran dikunjungi haiwan berbisa iaitu ular manakala kru pula diganggu dengan pelbagai perkara mistik yang sukar untuk dijelaskan.
Seram kan? Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut lagi mengenai filem Janet Sumpah Terlarang, anda boleh menontonnya di Astro First 19 Ogos ini! Sediakan pop-corn dan air awal, nanti takut pula nak ke dapur.