• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Finalis Rancangan Realiti TV Masterchef Didakwa Membunuh Pembantu Rumahnya Di Penampang

Oleh
Ismail NA
30 Disember 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Kejadian dipercayai berlaku antara 10 dan 13 Disember yang lalu.

Finalis Rancangan Realiti TV Masterchef Didakwa Membunuh Pembantu Rumahnya Di Penampang. Sepasang suami isteri telah didakwa di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu Sabah atas pertuduhan membunuh pembantu rumah mereka yang berusia 28 tahun.

Isi Isi Penting
  • Kejadian dipercayai berlaku antara 10 dan 13 Disember yang lalu.
  • Jumpa mayat pembantu rumah setelah pulang bercuti dari Kundasang
  • Punca kematian masih belum diketahui
  • Baca juga :

Jurutera syarikat petroleum, Etiqah Siti Noorashikeen Mohd Sulong, yang merupakan bekas finalis rancangan realiti TV Masterchef Malaysia 2012 didakwa membunuh pembantu rumah mereka, Nur Afiah Daeng Damin. Wanita berusia 33 tahun itu dituduh melakukan perbuatan tersebut bersama suaminya, Mohammad Ambree Yunos @ Unos, 40, seorang kontraktor.

Kejadian dipercayai berlaku antara 10 dan 13 Disember 2021 di kondominium kediaman mereka yang beralamat di Amber Tower, Lido Avenue, Jalan Lintas, Penampang. Pertuduhan tersebut adalah di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Finalis Rancangan Realiti TV Masterchef Didakwa Membunuh Pembantu Rumahnya Di Penampang
Mohammad Ambree Yunos @ Unos (tengah) dan Etiqah Siti Noorashikeen Mohd Sulong. Sumber foto : Ehsan peguam via NST

Tiada pengakuan direkodkan oleh kedua-dua pasangan suami isteri tersebut dihadapan hakim majistret, Jessica Ombou Kakayun. Etiqah diwakili oleh peguam Datuk Seri Rakhbir Singh manakala suaminya yang juga merupakan bekas pramugara diwakili oleh peguam Ram Singh dan Kimberly Ye.

Jumpa mayat pembantu rumah setelah pulang bercuti dari Kundasang

Menurut sumber akhbar tempatan, Etiqah dan suaminya membuat laporan polis pada 13 Disember 2021 setelah menemui mayat Afiah di rumah kondominium mereka. Mayat tersebut ditemui sebaik sahaja mereka pulang dari bercuti di Kundasang yang terletak kira-kira 80 km dari kondominium.

Walau bagaimanapun, pasangan yang memiliki 3 cahaya mata tersebut direman sehari selepas laporan polis dibuat.

Pihak polis turut mendapatkan maklumat lanjut tentang ubatan yang diambil oleh Etiqah, memandangkan beliau memberitahu mahkamah bahawa ubatan yang dimilikinya adalah ubat yang telah dipreskripsikan oleh doktor untuk kemurungan dan depresi yang dialami oleh Etiqah.

Punca kematian masih belum diketahui

Pasangan tersebut telah dibebaskan atas ikat jamin polis pada 21 Disember 2021. Setakat ini, belum ada pendedahan rasmi daripada pihak polis tentang punca kematian pembantu rumah finalis Masterchef tersebut.

Mahkamah menetapkan tarikh 10 Februari 2022 untuk sebutan semula kes.

Baca juga :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lelaki Indonesia Ini Rela Disuntik Vaksin 14 Kali Demi Dapatkan Sijil Vaksin Untuk Golongan Anti-Vaksin Lelaki Indonesia Ini Rela Disuntik Vaksin 14 Kali Demi Dapatkan Sijil Vaksin Untuk Golongan Anti-Vaksin
Next Article Jalan Utama Ditutup, Pantai Trombol Di Telaga Air Kini Tidak Dibuka Untuk Orang Ramai

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?