• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Flyover Sibu Kini Dibuka, Lancarkan Trafik Balik Kampung Sempena Gawai

Oleh
Aina Musa
29 Mei 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Flyover Sibu Kini Dibuka, Lancarkan Trafik Balik Kampung Sempena Gawai

Berita yang ditunggu-tunggu seluruh warga Sibu!

Flyover Sibu Kini Dibuka, Lancarkan Trafik Balik Kampung Sempena Gawai. Jejambat di bulatan Pan Borneo Sibu sepanjang 700 meter dibuka kepada orang awam mulai jam 6 semalam.

Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, ini dijangka dapat memberi kelancaran trafik kepada mereka yang pulang ke rumah panjang untuk sambutan Gawai.

Flyover Sibu Kini Dibuka, Lancarkan Trafik Balik Kampung Sempena Gawai
Flyover Sibu Kini Dibuka, Lancarkan Trafik Balik Kampung Sempena Gawai. Kredit: Borneo Post

Menurutnya, pembinaannya melebihi tempoh yang sepatutnya kerana ada kerja-kerja lebih semasa pembinaan dan akhirnya ia siap dengan sempurna sekarang.

Para pengguna jalan raya diingati supaya sentiasa berhati-hati dan mematuhi had laju yang telah ditetapkan.

Flyover Sibu Kini Dibuka, Lancarkan Trafik Balik Kampung Sempena Gawai

“Kenderaan dari arah Bintulu hendak ke Kuching tidak perlu lagi melalui bulatan, sama juga kalau dari Lapangan Terbang Sibu.

“Menjelang perayaan Gawai, saya ingin menasihati pengguna jalan raya semasa balik ke kampung atau balik dari kampung supaya berhati-hati.

“Walaupun kita telah ada jalan raya yang cukup baik, janganlah memandu dengan melebihi had laju sebab lebuh raya ini had lajunya 90km/jam,” ujarnya.

Jejambat di bulatan Pan Borneo Sibu dalam Pakej WPC07 (Simpang Bintangor ke Persimpangan Julau dan Lapangan Terbang Sibu ke Sungai Kua).

Jajaran (Interchange) Lapangan Terbang Sibu ke bahagian Sungai Kua sepanjang 45.6km di bahagian WPC07 dengan kos RM950 juta.

Flyover Sibu Kini Dibuka, Lancarkan Trafik Balik Kampung Sempena Gawai

Turut hadir ialah Pengurus Zon Tengah Lebuh Raya Pan Borneo JKR Sarawak Hashim Saari, Pengurus Komunikasi Korporat Cawangan Lebuh Raya Pan Borneo JKR Sarawak Sahrein Maloh dan Pengurus Besar Projek Hock Seng Lee Berhad Philip Lau Yuk Siong.

Baca lagi artikel terkini:

Sarawak Impikan Beri Pendidikan Universiti Percuma Kepada Anak Sarawak
Abang Jo Rancang Bina Kereta Api Trans Borneo Hubungkan Sarawak, Brunei Dan Indonesia
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Impikan Beri Pendidikan Universiti Percuma Kepada Anak Sarawak Sarawak Impikan Beri Pendidikan Universiti Percuma Kepada Anak Sarawak
Next Article Pesta Kaamatan Dan Cuti Sekolah Bertembung, Pengembara Tunggu Lebih Sejam Di Terminal Feri Labuan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?