• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Gadis Dari Sabah Ini Terima Ijazah Sarjana Kejuruteraan Di United Kingdom Guna Baju Tradisonal Etnik Murut

Oleh
Husna Hazmi
28 Mac 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Memang cantik baju tradisional etnik Murut Nabai Dari Sabah ni!

Gadis Dari Sabah Ini Terima Ijazah Sarjana Kejuruteraan Di United Kingdom Guna Baju Tradisonal Etnik Murut. Baru-baru ini, Nur Liyana, berusia 26 tahun berasal dari Papar, Sabah telah menarik perhatian ramai apabila dia megenakan pakaian etnik Murut Nabai dari Sabah ketika menerima Ijazah Sarjana Kejuruteraan dari University of Manchester di United Kingdom.

Gadis Dari Sabah Ini Terima Ijazah Sarjana Kejuruteraan Di United Kingdom Guna Baju Tradisonal Etnik Murut
Gadis Dari Sabah Ini Terima Ijazah Sarjana Kejuruteraan Di United Kingdom Guna Baju Tradisonal Etnik Murut. Kredit gambar: Warta Oriental

Nur Liyana yang merupakan anak sulung

Nur Liyana yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik ini berketurunan Brunei-Murut telah menjadi bualan selepas gambarnya berpakaian tradisional itu berserta jubah dan mortar-board ketika mengambil ijazah pada 20 Mac lepas, tular di media sosial terutama dalam kalangan warganet dari Sabah.

Menurut Liyana, dia mengenakan pakaian tradisi itu sebagai satu cara untuk mempamerkan tradisi dan kebudayaan masyarakat Sabah ke negara luar, seterusnya mahu ia sentiasa dihargai dan diingati terutamanya oleh generasi muda.

“Sudah tentu saya gembira dapat menerima segulung Ijazah Sarjana, namun kenangan itu lebih manis apabila saya dapat mempamerkan kebudayaan Sabah di Borneo suku Murut daripada keturunan sebelah ibu saya,” katanya.

Gadis Dari Sabah Ini Terima Ijazah Sarjana Kejuruteraan Di United Kingdom Guna Baju Tradisonal Etnik Murut
Kredit gambar: Warta Oriental

Kini bertugas sebagai Pelatih Pengurusan di syarikat Nestle Malaysia

Nur Liyana yang kini bertugas sebagai Pelatih Pengurusan di syarikat Nestle Malaysia, Kuala Lumpur turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai terutama warga Sabah yang memberikan sokongan dan galakan kepadanya.

Bapanya Razali Matali, berusia 51 tahun, berkata, Ijazah Nur Liyana ini sepatutnya diterima pada tahun 2020 tetapi disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda, majlisnya itu terpaksa ditangguhkan. Walaubagaimanapun, Razali bersama isteri serta dua lagi anaknya bersyukur dapat menghadiri majlis tersebut yang dibuat tahun ini.

“Sebagai orang tua, saya sangat gembira atas kejayaan Nur Liyana dan terima kasih kepada kerajaan negeri melalui Yayasan Sabah yang memberikan biasiswa kepada Nur Liyana,” katanya yang turut mengenakan pakaian tradisional baju Melayu cekak musang dan bersongkok ketika menghadiri majlis itu.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article [NON-HALAL] Suka Makananan Thai Dan Udang? Kung KA TA Menyediakan Udang Hidup Untuk Bufet Thai Steamboat BBQ Mereka [NON-HALAL] Suka Makananan Thai Dan Udang? Kung KA TA Menyediakan Udang Hidup Untuk Bufet Thai Steamboat BBQ Mereka
Next Article Kafe 3 Dalam 1! Lengkap Dengan Ruang Kerja, Taka Patisserie 3 Tingkat Ini Buka Di Saradise Kafe 3 Dalam 1! Lengkap Dengan Ruang Kerja, Taka Patisserie 3 Tingkat Ini Buka Di Saradise

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?