• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ganti Delta, Omicron Kini Menjadi Varian COVID-19 Dominan Di Sarawak

Oleh
Husna Hazmi
7 Februari 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Bagi yang belum ambil dos penggalak, anda digalakkan untuk mengambilnya.

Ganti Delta, Omicron Kini Menjadi Varian COVID-19 Dominan Di Sarawak. Menurut Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHMC) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Profesor Dr. David Perera, varian Omicron kini menggantikan Delta sebagai varian COVID-19 dominan yang sedang menular di Sarawak.

Ganti Delta, Omicron Kini Menjadi Varian COVID-19 Dominan Di Sarawak
Ganti Delta, Omicron Kini Menjadi Varian COVID-19 Dominan Di Sarawak

Kadar pengesanan Omicron kini adalah sebanyak 78 peratus

Beliau berkata bahawa kadar pengesanan Omicron kini adalah sebanyak 78 peratus dikesan daripada data pengawasan kes-kes positif dilakukan dari 3 Januari hingga 26 Januari tahun ini.

Dr David turut mendedahkan perkara ini dalam laporan terkininya kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas semalam.

“Sejumlah 58 sampel berjaya dijujuk dalam tempoh tersebut, daripada jumlah ini 45  varian Omicron dan 13 Delta VoGs dikesan.

“Kadar pengesanan 78 peratus itu mencadangkan Omicron telah menggantikan Delta sebagai varian utama menular di Sarawak,” kata beliau.

Ganti Delta, Omicron Kini Menjadi Varian COVID-19 Dominan Di Sarawak
FILE PHOTO: Test tubes labelled “COVID-19 Test Positive” are seen in front of displayed words “OMICRON SARS-COV-2” in this illustration taken December 11, 2021. REUTERS/Dado Ruvic/Illustration

Kes-kes Omicron dikesan dalam sampel-sampel yang diambil dari adalah

Tambah Dr David lagi, kes-kes Omicron dikesan dalam sampel-sampel yang diambil dari Kuching, Samarahan, Sibu, Kapit, Mukah dan Miri. Beliau berkata majoriti daripadanya adalah kumpulan BA.1.1 tetapi tiga kes kumpulan BA.2 yang lebih cepat berjangkit dikenal pasti di Kapit.

“Rata-rata kes-kes ini berlaku menerusi penularan komuniti,” kata beliau.

Memandangkan berlakunya peningkatan kes di Malaysia, Dr David yang juga ahli Kumpulan Penasihat Vaksin COVID-19 Sarawak, menasihati mereka yang masih belum mendapatkan dos penggalak agar segera berbuat demikian.

Beliau berkata, kajian menunjukkan dos penggalak perlu diambil untuk meningkatkan lagi antibodi peneutralan bagi melindungi seseorang individu daripada jangkitan Varian Covid-19 Omicron.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lelaki Ini Geram Dapat Penyewa Dari Neraka, Rumah Sewa Ditinggalkan Hampir Musnah Lelaki Ini Geram Dapat Penyewa Dari Neraka, Rumah Sewa Ditinggalkan Hampir Musnah
Next Article Syiobih! Borneo Cultures Museum Keluarkan Foto Acahan Memukau Menjelang Pembukaan Rasmi

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?