• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Gara-Gara ‘Berubat’ Mahu Dapatkan Zuriat, Wanita Diperkosa Bomoh 20 Kali

Oleh
ILB - AI
6 September 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Wanita tidak hamil selama 12 tahun berkahwin, bomoh ambil kesempatan ‘mengubati’ mangsa dengan merogol

Gara-Gara ‘Berubat’ Mahu Dapatkan Zuriat, Wanita Diperkosa Bomoh 20 Kali. Seorang bomoh merogol seorang suri rumah di Indonesia kerana mempercayai dia boleh ‘menyembuhkannya’ selepas dia tidak mengandung selama 12 tahun.

Menurut sumber, Ketua Polis Daerah Indragiri Hulu, Dody Wirawijaya menyatakan bahawa polis menahan seorang suspek bernama DDS, berusia 47 tahun, pada Isnin lalu.

Dalam pada itu, mangsa dikenali sebagai SBT, berusia 34 tahun, yang sudah berkahwin selama 12 tahun, namun tidak mempunyai zuriat anak. Dipercayai wanita tersebut bertemu suspek sebagai ikhtiar untuk hamil.

Gara-Gara ‘Berubat’ Mahu Dapatkan Zuriat, Wanita Diperkosa Bomoh 20 Kali
Sumber: vocket

“Suspek mencabul mangsa dengan mendakwa sebagai bomoh yang boleh membantu mangsa mendapatkan zuriat,” ujarnya menurut laporan.

“Suspek merogol mangsa sebanyak 20 kali sejak Februari 2021 dan kini mangsa hamil tujuh bulan. Kali terakhir mangsa dirogol dukun itu, pada penghujung Julai lalu.

“Pada awalnya mangsa dan suaminya menemui suspek yang dikenali sebagai bomoh untuk mendapatkan rawatan. Namun pada rawatan susulan mangsa pergi ke tempat suspek seorang diri kerana suaminya bekerja,” katanya lagi.

Bomoh bagitahu mangsa perlu dimandikan air bunga, malah dirogol di dalam bilik air kira-kira 20 kali

Dengan jumlah 2.1 juta rupiah, bersamaan RM612, suspek dilaporkan menawarkan ‘pelindungan diri’ dalam bentuk cincin dan kain. Bahkan, suspek memberitahu mangsa ada sesuatu yang tidak kena pada badannya dan perlu dimandikan dengan air bunga.

Gara-Gara ‘Berubat’ Mahu Dapatkan Zuriat, Wanita Diperkosa Bomoh 20 Kali
Gambar hiasan. Sumber: sinarharian

“Mangsa bersetuju, kemudian isteri suspek menyediakan mandian air bunga di dalam bilik air. Ketika itulah, bomoh itu merogol mangsa.

“Mangsa tidak ada kuasa untuk melawan kerana keliru serta takutkan bomoh itu. Perbuatan itu berterusan kira-kira 20 kali,” katanya.

Bomoh tidak mahu bertanggungjawab selepas wanita itu hamil

Dody turut mengatakan bahawa wanita itu tidak kembali kepada suaminya kerana rasa bersalah. Manakala, bomoh tidak mahu bertanggungjawab selepas mangsa hamil.

Gara-Gara ‘Berubat’ Mahu Dapatkan Zuriat, Wanita Diperkosa Bomoh 20 Kali
Gambar hiasan. Sumber: google

Mangsa yang tidak dapat menerima jawapan bomoh itu lantas membuat laporan di Balai Polis Daerah Indragiri Hulu, dan isu itu sedang disiasat. Pihak polis menangkap pesalah serta beberapa bukti termasuk peralatan bomoh dan pakaian mangsa.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Berang Rakan Enggan Bayar Duit, Individu Dedah Berjaya Tagih Hutang Lepas ‘Sent’ Gambar Bomoh
Dirogol 3 Lelaki Berbeza, Kanak-Kanak 7 Tahun Disahkan Hidap Penyakit Kelamin
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 'Sabahan Ni Memang Kelakar', Ini Kompilasi Gelagat Penduduk Sabah Santuni Agong ‘Sabahan Ni Memang Kelakar’, Ini Kompilasi Gelagat Penduduk Sabah Santuni Agong
Next Article Siap Ketuk Tingkap, Individu Ini Kongsi Lihat Lembaga 'Berbungkus' Sempat Dirakam Di Kuching Siap Ketuk Tingkap, Individu Ini Kongsi Lihat Lembaga ‘Berbungkus’ Sempat Dirakam Di Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?