• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Gara-Gara Cari Internet Untuk Kelas Online, Pelajar Jatuh Jambatan Gantung

Oleh
Husna Hazmi
27 November 2020
Kongsi
3 Min Bacaan

Demi mencari internet untuk kelas online, pelajar SMK Ulu Sugut jatuh dari jambatan gantung.

Gara-Gara Cari Internet Untuk Kelas Online, Pelajar Jatuh Jambatan Gantung. Sungguh tragis sekali apabila pelajar dari Ranau, Sabah ini sedang mencari akses internet untuk mengikuti kelas dalam talian namun malangnya mereka terjatuh dari jambatan gantung yang runtuh di Kampung Gusi, pada Isnin lepas.

Isi Isi Penting
  • Demi mencari internet untuk kelas online, pelajar SMK Ulu Sugut jatuh dari jambatan gantung.
  • Cuba mengakses interet
  • Ketinggian kira-kira 18 meter
  • Tiba-tiba runtuh

Kejadian tersebut dipercayai kira-kira jam 9 malam membabitkan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Sugut.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Joachim Gunsalam, ketika dihubungi telah mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan bahawa salah seorang pelajar patah kaki dan dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) di Kota Kinabalu.

Gara-Gara Cari Internet Untuk Kelas Online, Pelajar Jatuh Jambatan Gantung
Gara-Gara Cari Internet Untuk Kelas Online, Pelajar Jatuh Jambatan Gantung

Cuba mengakses interet

“Mereka cuba untuk mengakses interet di bahagian tertentu jambatan gantung berkenaan,” kata Datuk Dr Joachim Gunsalam.

Beliau juga memaklumkan bahawa beliau akan segera ke kampung berkenaan untuk menilai keadaan dan mendapat peruntukan daripada Kerajaan Pusat untuk membaiki jambatan gantung tersebut.

“Kita juga berharap penduduk Kampung berkaitan dapat bersabar kerana kita berusaha untuk menyelesaikan masalah ini,” tambah beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang.

Sebelum ini tular di Facebook mengenai pelajar SMK Ulu Sugut terjatuh dalam sungai selepas jambatan gantung dilalui mereka, runtuh secara tiba-tiba.

Gara-Gara Cari Internet Untuk Kelas Online, Pelajar Jatuh Jambatan Gantung
Gara-Gara Cari Internet Untuk Kelas Online, Pelajar Jatuh Jambatan Gantung

Ketinggian kira-kira 18 meter

Difahamkan juga, bahawa kawasan sekitar jambatan gantung dengan ketinggian kira-kira 18 meter dari aras sungai itu merupakan satu-satunya lokasi yang mempunyai capaian internet.

Sudah menjadi kebiasaan juga bagi penduduk kampung, khususnya pelajar berkumpul di kawasan terbabit sekiranya memerlukan jaringan internet.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Ulu Sugut, Ratimin Kukunut, berkata beliau dimaklumkan kejadian tersebut berlaku beberapa hari lalu, sekitar jam 9 malam.

Gara-Gara Cari Internet Untuk Kelas Online, Pelajar Jatuh Jambatan Gantung

Tiba-tiba runtuh

“Penduduk kampung menyatakan semua pelajar tersebut berada di tengah-tengah jambatan untuk mengikuti kelas dalam talian sebelum jambatan itu tiba-tiba runtuh.

“Capaian internet di Kampung Gusi ini sememangnya teruk, tetapi lebih baik pada waktu malam di kawasan jambatan gantung terbabit,” tambah Ratimin Kukunut.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Doktor Ini Menyelamatkan Adelaide Dari Gelombang Kedua, Rupa-rupanya Beliau Berasal Dari Malaysia Doktor Ini Menyelamatkan Adelaide Dari Gelombang Kedua, Rupa-rupanya Beliau Berasal Dari Malaysia
Next Article Ini Adalah 4 Idea Perniagaan Online Anda Boleh Cuba Tanpa Pelaburan Besar Ini Adalah 4 Idea Perniagaan Online Anda Boleh Cuba Tanpa Pelaburan Besar

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?