• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Gara-Gara Dihukum Berendam Dalam Kolam Ikan, Seorang Remaja Dari Indonesia Maut

Oleh
ILB - AI
3 November 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Gara-Gara Dihukum Berendam Dalam Kolam Ikan, Seorang Remaja Dari Indonesia Maut

Remaja lelaki terbabit maut selepas didenda berendam dalam kolam ikan

Gara-Gara Dihukum Berendam Dalam Kolam Ikan, Seorang Remaja Dari Indonesia Maut. Dilaporkan seorang remaja lelaki dari Indonesia telah maut selepas didenda berendam dalam kolam ikan.

Kejadian berlaku apabila mangsa bersama tiga rakannya keluar dari asrama mereka untuk membeli makanan namun gagal kembali ke asrama sehingga waktu subuh, menyebabkan salah seorang daripada tenaga pengajar di asrama terbabit menghukum mereka.

Gara-Gara Dihukum Berendam Dalam Kolam Ikan, Seorang Remaja Dari Indonesia Maut

Mangsa dan tiga rakannya keluar dari asrama untuk membeli makanan

Menurut laporan, mangsa berusia 17 tahun itu dilaporkan keluar dari asramanya bersama tiga rakan untuk membeli makanan pada hari Sabtu lalu.

Namun, mereka tidak pulang terus ke asrama selepas itu dan sebaliknya menonton perlawanan bola sepak sehingga waktu subuh.

Gambar sekadar hiasan.

Apabila mangsa dan rakannya kembali ke asrama, perbuatan mereka telah disedari oleh salah seorang tenaga pengajar asrama dan perbuatan mereka diakui oleh ketiga-tiga remaja terbabit ketika ditanya.

Mereka kemudian didenda untuk berendam dalam kolam ikan selama lima minit sebagai hukuman.

Tidak timbul dari permukaan kolam

Apabila mangsa gagal timbul dari permukaan kolam ikan terbabit, tenaga pengajar tersebut menyuruh pelajar lain untuk memeriksan keadaan mangsa.

Namun, mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan kemudian dihantar ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia kemudian.

Gambar sekadar hiasan.

Ia difahamkan keluarga mangsa tidak mahu melakukan bedah siasat dan meminta jenazah mangsa untuk dibawa ke kampung halamannya untuk dikebumikan.

Ini adalah kejadian yang begitu tragis. Semoga para penghukum mengambil berat tentang jenis hukuman yang mereka berikan kepada pesalah bagi memastikan hukuman sedemikian tidak menimbulkan kebimbangan keselamatan.

SUMBER :UTUSAN
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Insiden Halloween Itaewon, Pengunjung Dakwa Lelaki Telinga Arnab Punca Rempuhan Berlaku
Next Article Anwar Ibrahim Gesa Kerajaan Sarawak Tarik Larangan Pemimpin PH Masuk Ke Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?