• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Gara-Gara Tembak Kucing Jiran Hingga Mati, Warga Emas Didenda RM20K

Oleh
Aina Musa
22 Jun 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Gara-Gara Tembak Kucing Jiran Hingga Mati, Warga Emas Didenda RM20K

Bekas tentera didenda RM20,000 tembak mati kucing

Gara-Gara Tembak Kucing Jiran Hingga Mati, Warga Emas Didenda RM20K. Seorang bekas tentera didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di Melaka, pada Khams, kerana menembak kucing jirannya hingga mati menggunakan senapang angin pada Jun tahun lalu.

Hakim Darmafikri Abu Adam menjatuhkan hukuman itu ke atas Aziz Tambi, 63, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan pindaan yang dibacakan terhadapnya.

Gara-Gara Tembak Kucing Jiran Hingga Mati, Warga Emas Didenda RM20K
Gara-Gara Tembak Kucing Jiran Hingga Mati, Warga Emas Didenda RM20K. Kredit: Sinar Harian

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan penganiayaan terhadap seekor kucing milik Amran Majid, 45, dengan cara menembak kucing tersebut menggunakan selaras senapang angin.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Lorong Mat Lajis, Bukit Rambai di sini, lebih kurang jam 2.30 petang pada 18 Jun tahun lalu.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 29(1) (e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 722) yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Gara-Gara Tembak Kucing Jiran Hingga Mati, Warga Emas Didenda RM20K

Timbalan Pendakwa Raya, Alif Asraf Anuar Sharuddin memohon tertuduh dikenakan hukuman setimpal mengambil kira faktor kepentingan awam kerana tindakan tertuduh berlandaskan emosi dan menyalahi undang-undang.

Tertuduh diwakili peguam Mohd Ishak Kari memohon hukuman ringan dengan alasan tertuduh merupakan warga emas dan pernah berkhidmat kepada negara dalam bidang ketenteraan selain dianugerahkan pingat penghargaan.

Sinar Harian pada 21 Jun lalu melaporkan seorang warga emas dan anaknya ditahan polis selepas disyaki menembak mati seekor kucing milik jiran yang memasuki rumah mereka menggunakan selaras senapang angin.

Kejadian dipercayai berlaku selepas kucing bernama Molly masuk ke rumah suspek.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata, suspek masing-masing berusia 62 dan 27 tahun ditahan selepas pihaknya menerima laporan polis daripada jiran mereka berusia 44 tahun yang merupakan pemilik kucing terbabit.

Baca lagi artikel menarik:

Sarawak Sedia Jadi Hos Konsert Artis Antarabangsa Di Malaysia
Ceroboh Rumah Pemain Bola Sepak Sabah, Bekas Kekasih Ditahan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Menyamar Sebagai Polis Untuk Curi Kereta, Seorang Lelaki Dari Kuching Dipenjara 3 Bulan Menyamar Sebagai Polis Untuk Curi Kereta, Seorang Lelaki Dari Kuching Dipenjara 3 Bulan
Next Article Astana: Tun Taib Dalam Keadaan Baik Dan Sihat

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?