• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Gara-Gara ‘Termakan’ Info Dari Group Whatsapp, Pesara Dari Mukah Rugi Hampir RM500 Ribu

Oleh
Aina Musa
28 April 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Gara-Gara 'Termakan' Info Dari Group Whatsapp, Pesara Dari Mukah Rugi Hampir RM500 Ribu

Padah percaya maklumat dari Whatsapp

Gara-Gara ‘Termakan’ Info Dari Group Whatsapp, Pesara Kerugian Hampir RM500 Ribu. Seorang pesara kerajaan di sini kehilangan wang simpanannya yang berjumlah RM435,100 selepas diperdaya ‘scammer’ pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhamad Rizal Alias (gambar) berkata, lelaki berusia 68 tahun itu pada mulanya dimasukkan ke dalam sebuah kumpulan WhatsApp oleh individu yang memperkenalkan dirinya sebagai ‘Eric Yee’ pada 8 Februari lalu.

Gara-Gara 'Termakan' Info Dari Group Whatsapp, Pesara Dari Mukah Rugi Hampir RM500 Ribu
Gara-Gara ‘Termakan’ Info Dari Group Whatsapp, Pesara Dari Mukah Rugi Hampir RM500 Ribu. Kredit: Utusan Borneo

Katanya, mangsa kemudian menerima satu pautan daripada suspek dan memuat naik dokumen skim pelaburan dalam format PDF.

Tertarik dengan skim pelaburan hingga buat transaksi tanpa sedar

“Mangsa yang tertarik dengan keuntungan yang ditawarkan telah bertindak membuat 15 transaksi pemindahan wang berjumlah RM435,100 ke nombor akaun bank berbeza antara 16 Mac hingga 13 April,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Gara-Gara 'Termakan' Info Dari Group Whatsapp, Pesara Dari Mukah Rugi Hampir RM500 Ribu

Pada 22 April lalu, mangsa telah dihubungi seorang peserta wanita skim itu yang memberitahu mangsa tidak boleh mengeluarkan keuntungan daripada pelaburan tersebut.

Mangsa kemudian cuba mengeluarkan wang keuntungan berjumlah RM2,225 namun tidak berjaya.

Dia kemudiannya mendapati nombor telefonnya juga telah disekat daripada kumpulan WhatsApp itu sehingga tampil membuat laporan polis meminta kes disiasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Baca lagi artikel menarik:

Penangan Lagu Hasrat, Amir Jahari Bakal Adakan Konsert Mini 30 April Ini Di Kuching
Lelaki Kongsi Hidu Bau Tidak Enak, Rupa-Rupanya Ada ‘Penumpang’ Belakang Kereta Di Kuching
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Berbasikal Di Bawah Terik Matahari, Seorang Budak Lelaki Meninggal Dunia Akibat Strok Haba Berbasikal Di Bawah Terik Matahari, Seorang Budak Lelaki Meninggal Dunia Akibat Strok Haba
Next Article Berkuatkuasa Mulai 2 Mei, MCMC Umum SMS Mengandungi Pautan URL Bakal Disekat Berkuatkuasa Mulai 2 Mei, MCMC Umum SMS Mengandungi Pautan URL Bakal Disekat

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?