• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Gara-Gara Tolak Tawaran Kerja Gomen, Netizen Ini Kecewa Tidak Dilayan Ibu

Oleh
ILB - AI
13 Disember 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Gara-Gara Tolak Tawaran Kerja Gomen, Netizen Ini Kecewa Tidak Dilayan Ibu

Si ibu tidak melayan netizen ini sejak beberapa bulan lalu selepas menolak tawaran kerja kerajaan

Gara-Gara Tolak Tawaran Kerja Gomen, Netizen Ini Kecewa Tidak Dilayan Ibu. Ia suudah menjadi kepercayaan umum bagi orang tua untuk berfikir bahawa bekerja di sektor kerajaan akan menjamin masa depan. Namun pada zaman sekarang, bekerja di sektor swasta telah mula memberi faedah kepada pekerja yang juga mampu menjaminkan masa depan mereka.

Bagi netizen ini, baru-baru ini dia mengadu ibu dia tidak melayan mereka sejak beberapa bulan lalu apabila menolak tawaran kerja kerajaan, sehinggakan sanggup memulangkan semula duit bulanan yang dibaginya kepada ibunya.

Gara-Gara Tolak Tawaran Kerja Gomen, Netizen Ini Kecewa Tidak Dilayan Ibu

Terpaksa menghadiri temuduga SPA sebab bekas pelajar pinjaman JPA

Netizen tersebut berkongsi kesedihan mereka melalui @ConfessTweetMy menerusi Twitter. Dalam perkongsiannya, dia berkata dia merupakan bekas pelajar bawah pinjaman boleh ubah JPA – bermakna, jika dia bekerja dalam sektor kerajaan, pinjaman tersebut akan ditukar menjadi biasiswa. Namun jika dia bekerja dalam sektor swasta, pinjaman tersebut akan dibayar separuh sahaja.

Dengan ini, dia terpaksa menghadiri temuduga SPA kerana dia merupakan bekas pelajar bawah JPA.

Gambar sekadar hiasan

Netizen itu berkata semasa temuduga SPA tersebut, dia sengaja membuat dirinya kelihatan tidak cekap untuk pekerjaan itu namun yang mengejutkan, dia telah diberikan tawaran kerja. Tetapi, gaji yang ditawarkan hanya ~RM3,000 sebulan.

Oleh kerana dia telah bekerja dalam sektor swasta selama 2 tahun dan dibayar gaji basic ~RM5,000 (tidak termasuk projek sampingan yang boleh mencecah RM10k – RM17k sebulan), dia menolak tawaran tersebut. Difahamkan juga, adik-beradiknya yang lain kini bekerja di sektor kerajaan dan ini merupakan faktor mengapa ibunya mahu dia bekerja dalam sektor kerajaan juga.

“Kalau saya terima tawaran kerja itu, memang tak lepas nak bayar komitmen bulanan,” – katanya

Dia menyatakan bahawa jika dia telah menerima tawaran kerja itu, dia tidak akan dapat menampung komitmen bulanannya dan menabung adalah mustahil.

Namun, dia mula tidak dilayan oleh ibunya selama beberapa bulan sejak memberitahu ibunya bahawa dia menolak tawaran kerja itu. Malah, ibunya juga memulangkan semula wang bulanan RM2,000 kepadanya sebagai tanda protes.

Gambar sekadar hiasan.

Rata-rata netizen bersimpati dengan netizen itu kerana menganggap ibunya tidak bersyukur kerana anak dia berada dalam keadaan baik dari segi kewangan dan masih buta dengan kepercayaan umum bekerja dalam sektor kerajaan menjaminkan masa depan yang lebih baik.

Antaranya seperti:

Kredit: Twitter @ConfessTweetMy
Kredit: Twitter @ConfessTweetMy
Kredit: Twitter @ConfessTweetMy
Kredit: Twitter @ConfessTweetMy

Kesian pula kalau dah sampai tidak dilayan ibu sendiri ni. Semoga si ibu membuka hati untuk menerima keputusan netizen ini dan situasi ini diselesaikan dengan baik.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Didakwa Sengaja Perlekeh Bahasa Malaysia Di Tiktok, Wanita Dari Indo Ini Dikecam Hebat Netizen Didakwa Sengaja Perlekeh Bahasa Malaysia Di Tiktok, Wanita Dari Indo Ini Dikecam Hebat Netizen
Next Article Lambat Bagi Duit Bulanan, Lelaki Ini Digelar 'Anak Derhaka' Oleh Ibunya Lambat Bagi Duit Bulanan, Lelaki Ini Digelar ‘Anak Derhaka’ Oleh Ibunya

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?