• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Ini Gejala Pesakit Hidap Mpox Menurut Kenyataan KKM

Oleh
Nazihah AN
18 September 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Ini Gejala Pesakit Hidap Mpox Menurut Kenyataan KKM

Satu Kes Positif Mpox Disahkan di Malaysia

Ini Gejala Pesakit Hidap Mpox Menurut Kenyataan KKM. Pada 14 Ogos 2024, penyakit Mpox sekali lagi diisytiharkan sebagai Kecemasan Kesihatan Awam yang Menjadi Kepentingan Antarabangsa (PHEIC) oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berikutan penularan pantas Clade Ib virus tersebut di Republik Demokratik Congo (DRC) dan negara-negara jiran di Afrika.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil tindakan pantas dengan mengaktifkan Bilik Gerakan Mpox di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan pada 16 Ogos 2024 untuk memantau keadaan di Malaysia.

Ini Gejala Pesakit Hidap Mpox Menurut Kenyataan KKM

Berikut adalah gejala-gejala yang dialami pesakit Mpox

Sehingga kini, daripada 58 kes yang disyaki menghidap Mpox, satu kes telah disahkan positif Clade II pada 16 September 2024. Kes ini menjadikan jumlah keseluruhan 10 kes Mpox yang dilaporkan sejak 26 Julai 2023 di Malaysia, kesemuanya adalah daripada Clade II.

Pesakit yang disahkan positif ini merupakan seorang lelaki warganegara Malaysia yang mula menunjukkan gejala seperti demam, sakit tekak, dan batuk pada 11 September 2024. Pada 12 September, pesakit mula mengalami ruam yang menjadikannya kes Mpox yang disahkan. Walau bagaimanapun, pesakit kini sedang dalam keadaan stabil dan ditempatkan dalam pengasingan. Semua kontak rapat pesakit telah dikenal pasti dan dipantau mengikut protokol kawalan ketat yang ditetapkan oleh KKM.

Dalam usaha meningkatkan kesiapsiagaan orang awam, KKM menggesa rakyat untuk meningkatkan tahap kawalan kesihatan masing-masing dan mematuhi langkah-langkah pencegahan yang disarankan.

Antaranya, individu yang berisiko tinggi dan mengalami gejala seperti demam, ruam, atau bengkak kelenjar limfa hendaklah segera mendapatkan pemeriksaan perubatan di fasiliti kesihatan terdekat. Orang ramai juga dinasihatkan untuk mengamalkan kebersihan diri dengan kerap mencuci tangan menggunakan air, sabun, atau cecair pembasmi kuman (hand sanitiser), serta mengelakkan sentuhan langsung dengan individu yang disyaki atau disahkan dijangkiti Mpox.

Pihak KKM turut menekankan kepentingan peranan pengamal perubatan di barisan hadapan untuk terus peka terhadap sebarang kes yang menunjukkan simptom Mpox, terutamanya dalam kalangan kumpulan berisiko tinggi. Siasatan lanjut akan dijalankan ke atas mana-mana individu yang disyaki dijangkiti melalui e-Notifikasi, dan sampel daripada pesakit akan dihantar ke makmal untuk pengesahan.

Baca juga artikel di bawah:

Rakyat Dinasihatkan Berjaga-Jaga, Kes Pertama Mpox Dikesan Di Malaysia
Siap Sedia Hadap Wabak Mpox, Pakar Cadang Penggunaan MySejahtera Semula
SUMBER :X @KKMPutrajaya
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bulatan Skate Park, Lokasi Riadah Papan Luncur Baru Di Miri
Next Article Buat Serangan Seksual Terhadap Gadis Bawah Umur, Pengajar Di Sabah Ditahan Buat Serangan Seksual Terhadap Gadis Bawah Umur, Pengajar Di Sabah Ditahan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?