• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Gelaran ‘Ketua Menteri’ Di Sarawak Bakal Ditukar Menjadi ‘Premier’, Pindaan RUU Dibentang Hari Ini

Oleh
Ismail NA
14 Februari 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Sekiranya diluluskan, ketua kerajaan Sarawak akan digelar ‘Premier’ dan bukannya ‘Ketua Menteri’ lagi.

Gelaran ‘Ketua Menteri’ Di Sarawak Bakal Ditukar Menjadi ‘Premier’, Pindaan RUU Dibentang Hari Ini. Kerajaan Sarawak hari ini membentangkan pindaan Rang Undang-Undang (Perlembagaan) Negeri Sarawak yang melibatkan pindaan nama jawatan ‘Ketua Menteri’ kepada ‘Premier’.

Perkara tersebut dicadangkan di Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN) hari ini.

Pindaan ini adalah antara intipati Perkara 9(3) Perlembagaan. Perkara lain yang turut dicadangkan adalah pindaan Perkara 44 Perlembagaan Negeri yang menyebut bahawa definisi ‘Premier’ adalah Ketua Menteri yang dilantik di bawah Perkara 6(3) Perlembagaan. Sebarang rujukan kepada Ketua Menteri dalam mana-mana undang-undang bertulis juga akan dirujuk sebagai ‘Premier’ sekiranya pindaan ini menjadi kenyataan.

Gelaran 'Ketua Menteri' Di Sarawak Bakal Ditukar Menjadi 'Premier', Pindaan RUU Dibentang Hari Ini
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Zohari atau mesra dipanggil ‘Abang Jo’. Sumber foto : BERNAMA

‘Menteri Muda’ jadi ‘Timbalan Menteri’

Selain itu, nama jawatan lain yang turut dicadang untuk dipinda adalah jawatan ‘Menteri Muda’ kepada ‘Timbalan Menteri’ yang terkandung dalam pindaan Perkara 7A Perlembagaan Negeri Sarawak.

Oleh yang demikian, jawatan 26 orang Menteri Muda di Sarawak pada ketika ini akan ditukar menjadi Timbalan Menteri sekiranya pindaan tersebut diluluskan oleh DUN Sarawak.

Sebaik sahaja ordinan ini diluluskan, pindaan ini hendaklah berkuat kuasa sepenuhnya pada tarikh yang ditetapkan oleh Yang Di-Pertua Negeri Sarawak menerusi pemberitahuan warta awam. Pindaan RUU ini dilaporkan dibentangkan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Bacaan kali kedua dan ketiga RUU itu akan dilakukan pada hari sama.

Untuk makluman, RUU tersebut adalah antara lima RUU yang akan dibentangkan pada Persidangan Khas DUN yang bermula esok sehingga Rabu.

Gelaran 'Ketua Menteri' Di Sarawak Bakal Ditukar Menjadi 'Premier', Pindaan RUU Dibentang Hari Ini
Gelaran ‘Ketua Menteri’ Di Sarawak Bakal Ditukar Menjadi ‘Premier’, Pindaan RUU Dibentang Hari Ini

Ahli Dewan Negara (Senator) Robert Lau menyambut baik pindaan ini dan menyifatkannya sebagai langkah halus Sarawak bagi membezakan statusnya dengan negeri-negeri lain di Semenanjung walaupun tidak memberi apa-apa kesan fizikal kepada Sarawak.

Apa pendapat anda? Jangan lupa komen, like dan share.

Baca juga :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sangat Berpuitis Dan Romantik, Ini Adalah Senarai Filem Indonesia Yang Mampu Buat Anda Tersentuh Sangat Berpuitis Dan Romantik, Ini Adalah Senarai Filem Indonesia Yang Mampu Buat Anda Tersentuh
Next Article Restoran Makanan Segera ‘Legend’ Sarawak, SugarBun Kini Buka Cawangan Di Putrajaya

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?