• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Gempa Bumi Kuat Landa Utara Sumatera, Gegaran Turut Dirasai Di Malaysia

Oleh
Nazihah AN
4 April 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Gempa Bumi Kuat Landa Utara Sumatera, Gegaran Turut Dirasai Di Malaysia

Walau bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan

Gempa Bumi Kuat Landa Utara Sumatera, Gegaran Turut Dirasai Di Malaysia. Utara Sumatera, Indonesia digegarkan oleh gempa bumi berkuasa 6.2 magnitud pada pukul 10.59 malam tadi, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Muhammad Helmi Abdullah, Ketua Pengarah MetMalaysia menyatakan bahawa gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 86 kilometer dan berjarak 84 kilometer barat daya Padang Sidempuan, Indonesia.

Gempa Bumi Kuat Landa Utara Sumatera, Gegaran Turut Dirasai Di Malaysia
Gempa Bumi Kuat Landa Utara Sumatera, Gegaran Turut Dirasai Di Malaysia

Penghuni sebuah flat di Jalan Pudu, bergegas meninggalkan kediaman masing-masing

Beliau menyatakan bahawa getaran mungkin dirasai di Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Walau bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa Malaysia tidak menghadapi ancaman tsunami.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur juga telah menerima panggilan mengenai gegaran ini daripada penduduk Pangsapuri Pudu Impian 1 di Jalan Cheras.

Gempa Bumi Kuat Landa Utara Sumatera, Gegaran Turut Dirasai Di Malaysia
Sumber: Twitter

Rata-rata netizen di sosial media turut kongsi menerima notifikasi menerima gegaran di Malaysia

Menurut jurucakap JBPM KL, sebuah pasukan anggota bersama sebuah jentera telah dikerahkan ke lokasi untuk pemantauan dan pemeriksaan lanjut.

Semakan di laman sosial Twitter menunjukkan bahawa pengguna dari pelbagai lokasi turut merasai gegaran dan terdapat tangkapan skrin amaran awal gempa bumi daripada sistem Android.

Gempa Bumi Kuat Landa Utara Sumatera, Gegaran Turut Dirasai Di Malaysia
Gempa Bumi Kuat Landa Utara Sumatera, Gegaran Turut Dirasai Di Malaysia

Lagi artikel semasa, anda boleh baca pautan di bawah:

Uggah: Setiap Perayaan Disambut Bersama, Kukuhkan Budaya Kepelbagaian Di Sarawak
Kecuali ‘Berbogel’, RWMF 2023 Tiada Kod Pakaian Spesifik Untuk Pengunjung
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kecuali 'Berbogel', RWMF 2023 Tiada Kod Pakaian Spesifik Untuk Pengunjung Kecuali ‘Berbogel’, RWMF 2023 Tiada Kod Pakaian Spesifik Untuk Pengunjung
Next Article RTM Sarawak Akan Mewujudkan Aktiviti Pelbagai Kaum

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?