Anugerah Kecemerlangan Akademik YBR 2024, peluang keemasan untuk graduan cemerlang
Graduan Dengan CGPA 3.5 Ke Atas Berpeluang Raih RM1000 Menerusi Anugerah Ini. Yayasan Bank Rakyat (YBR) mengumumkan pembukaan permohonan untuk Anugerah Kecemerlangan Akademik (AKA) bagi tahun 2024. Anugerah berprestij ini diwujudkan khas untuk menghargai pencapaian cemerlang graduan dalam bidang akademik, terutamanya bagi mereka yang telah menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana.
Anugerah ini terbuka kepada graduan yang telah mencapai Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.50 dan ke atas. Pencapaian akademik yang membanggakan ini menjadi syarat utama bagi melayakkan graduan memohon anugerah tersebut.

Ganjaran sebanyak RM1,000, dibuka bermula 4 Jun hingga 30 Ogos 2024
Sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan akademik, YBR menawarkan insentif kewangan sebanyak RM1,000 kepada setiap graduan yang berjaya memenuhi syarat kelayakan. Insentif ini bukan sahaja sebagai penghargaan, malah bertujuan untuk mendorong para graduan agar terus maju dan cemerlang pada masa hadapan.
Permohonan untuk Anugerah Kecemerlangan Akademik 2024 kini dibuka bermula 4 Jun sehingga 30 Ogos 2024. Para graduan yang berkelayakan digalakkan untuk mengambil peluang keemasan ini.
Untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai terma dan syarat permohonan, sila layari laman web rasmi Yayasan Bank Rakyat di https://www.yayasanbankrakyat.com.my/.
Anugerah Kecemerlangan Akademik YBR merupakan satu inisiatif murni yang bukan sahaja mengiktiraf pencapaian akademik cemerlang, tetapi juga menyokong pembangunan modal insan negara. Para graduan yang berkelayakan dinasihatkan untuk merebut peluang ini dan memohon sebelum tarikh tutup permohonan.

