• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Group Telegram Sebar Gambar Wanita Di Tandas Awam, Netizen Digesa Buat Laporan

Oleh
Ismail NA
9 Mac 2020
Kongsi
5 Min Bacaan

Akaun Tersebut Mempunyai Seramai 21K Ahli

Group Telegram Sebar Gambar Wanita Di Tandas Awam, Netizen Digesa Buat Laporan. Baru sahaja hari wanita diraikan pada 8 Mac yang jatuh pada Ahad minggu lalu, namun timbul pula kisah yang kurang menyenangkan buat kaum Hawa ini. Pada masa wanita sepatutnya dihargai dan dipandang tinggi oleh sesiapa sahaja tidak mengira jantina dan usia, namun masih ada segelintir masyarakat yang bernafsu buas dan tergamak mengancam keselamatan para wanita secara senyap.

Terbaharu, wujud sebuah akaun Telegram yang didapati mengumpul dan menyebarkan gambar wanita ketika mereka berada di dalam tandas awam. Lebih memalukan, akaun ini telah mempunyai ahli yang sangat ramai iaitu sekitar 21K ahli, dengan 1K ahli aktif pada satu-satu masa. Jumlah ini adalah jumlah semasa ia tular beberapa hari yang lalu.

Gambar Dan Video Lucah Diambil Dari Kamera Intip Yang Dipasang Di Tandas Awam

Perkara ini didedahkan oleh seorang pengguna Twitter, @mixbloode. Lelaki ini kemudian menasihati orang awam terutamanya wanita agar berhati-hati dan sentiasa memeriksa tandas awam yang dimasuki. Berdasarkan gambar skrin (screen capture) yang dimuat naik, kebanyakan gambar yang disebarkan dalam group Telegram tersebut adalah gambar intip daripada kamera tersembunyi yang dipasang di dalam tandas awam.

Group Telegram Sebar Gambar Wanita Di Tandas Awam, Netizen Digesa Buat Laporan
Group Telegram Sebar Gambar Wanita Di Tandas Awam, Netizen Digesa Buat Laporan
Kredit : Twitter @mixbloode

Siap Ada Bayaran RM 100 Untuk ‘Akses Seumur Hidup’

Lebih mengejutkan, akaun ini turut mengenakan bayaran kononnya sebagai ‘yuran keahlian seumur hidup’ sebanyak RM 100. Ahli yang telah membayar jumlah tersebut akan mendapat akses tontonan gambar lucah daripada pelbagai sumber. Selain itu, group ini juga memberi jaminan bahawa ahli akan sentiasa mendapat sumber gambar dan video lucah yang sentiasa dikemas kini. Kebanyakan sumbernya pula adalah daripada kamera intipan tersembunyi di tandas awam.

Terkejut dengan kewujudan group tersebut, warga maya masing-masing meluahkan rasa tidak puas hati dan kebimbangan terhadap gejala tidak bermoral ini. Rata-rata menggesa komuniti netizen agar melaporkan group tersebut kepada pihak Telegram kerana gambar serta video yang disebarkan boleh terjadi pada ahli keluarga seperti ibu, isteri, teman wanita, adik, mahu pun kakak.

tolong my dear followers. Help me to report this group dekat Telegram, banyak video hidden cam dekat toilet wanita ,could be our”s wife, girlfriend,sister or even mother. Babi sial kesian bodo. What a sick world we live in, dear Corona Virus seranglah orang yang create group ni. https://t.co/nTJL7Xt2sm

— 𝗂𝖻𝖼𝗂𝗀 🌍 (@ibcig) March 8, 2020

@PDRMsia @PDRMsia @PDRMsia salam cik polis, mohon lakukan sesuatu 🙇🏻‍♀️🙏 saya nak uk-uk kat public toilet pasni pun tak aman. Tolong laa cik 🙏😭

— dalilaisgood (@dalilaisgood) March 8, 2020

Aku rasa kalau orang dalam group tu ada yang waras or sape yang masuk group tu untuk suka suka. Please lah report benda ni kat pihak sepatutnya, benda bodoh macam ni tak boleh biarkan sebab dia melibatkan orang ramai yang tak bersalah

— gorjes (@yanaaisml) March 8, 2020

KORANG TOLONG LA REPORT. IDK WHAT’S WRONG W THEM TAPI DIORANG SS DP I AND LETAKKAN DALAM GROUP 🙂 PLEASE, HELP OTHER PEOPLE YANG JADI MANGSA

— شَ (@shaarostam) March 8, 2020

Bagaimana Untuk Lapor Penyalahgunaan Akaun?

Jika anda menjumpai akaun tidak bermoral seperti ini, terdapat beberapa cara yang boleh anda lakukan. Antaranya ialah;

  1. Laporkan secara terus kepada pengendali laman atau media sosial
  2. Membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melalui laman sesawang, https://aduan.skmm.gov.my/
  3. Membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), KPDNKK, BNM dan agensi-agensi penguatkuasa yang berkaitan.

Untuk pengetahuan anda, pengendali akaun yang berunsur kandungan lucah, sumbang, jelik, tidak bermoral mahu pun palsu boleh didakwa di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Segera sekat dan laporkan akaun seperti ini kerana ia boleh menggugat ketenteraman awam selain mengancam keselamatan terutamanya kepada kaum wanita.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini 10 Biasiswa Menarik Tahun 2020 Yang Menanti Anda Ini 10 Biasiswa Menarik Tahun 2020 Yang Menanti Anda
Next Article 14 Orang Ahli Parlimen Dari Sabah dan Sarawak Dilantik Sertai Kabinet Kerajaan Malaysia Yang Baharu 14 Orang Ahli Parlimen Dari Sabah dan Sarawak Dilantik Sertai Kabinet Kerajaan Malaysia Yang Baharu

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?