• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Guru Dari Keningau Ini Terima Anugerah Berprestij Sebaris Dengan Barisan Pendidik Antarabangsa

Oleh
Aina Musa
20 Jun 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Guru Dari Keningau Ini Terima Anugerah Berprestij Sebaris Dengan Barisan Pendidik Antarabangsa

Syabas buat Dr. Sirhajwan Idek

Guru Dari Keningau Ini Terima Anugerah Berprestij Sebaris Dengan Barisan Pendidik Antarabangsa. Dr. Sirhajwan Idek, seorang guru Bahasa Inggeris yang bertugas di Kolej Vokasional Keningau, Sabah, telah berjaya merangkul salah satu anugerah berprestij, “20 to Watch Award” oleh International Society for Technology in Education (ISTE). ISTE merupakan sebuah persatuan pendidikan yang berpusat di Amerika Syarikat bertujuan memajukan penggunaan teknologi dalam pendidikan melalui pendekatan latihan yang komprehensif. Pengumuman pemenang anugerah ini telah diumumkan secara rasmi pada 18 Jun 2024 di laman sesawang penganjur ISTE.

Dr. Sirhajwan telah dipilih sebagai penerima anugerah ini berikutan sumbangan cemerlangnya dalam memajukan pembelajaran secara maya untuk para pelajar dan pendidik.

Guru Dari Keningau Ini Terima Anugerah Berprestij Sebaris Dengan Barisan Pendidik Antarabangsa
Guru Dari Keningau Ini Terima Anugerah Berprestij Sebaris Dengan Barisan Pendidik Antarabangsa. Sumber: ISTE

Beliau merintis program pendidikan maya yang membolehkan pelajar dan guru di Malaysia menyertai sesi latihan dan pembelajaran secara langsung melalui aplikasi seperti Google Meet dan Zoom. Program yang dikenali sebagai ‘Virtual, Remote, Live’ (VRL) ini melibatkan pelbagai aktiviti seperti kelas induk, pembentangan persidangan, kelas pertukaran budaya, dan sesi sembang santai.

Melalui projek ini, Dr. Sirhajwan berjaya menghubungkan lebih dari 2000 pelajar dan guru di Malaysia dengan pendidik dan ahli akademik dari negara-negara lain, yang membantu mereka mempelajari berbagai topik dan kemahiran asas serta mempersembahkan hasil kerja mereka, dengan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantara. Inisiatif VRL ini telah diiktiraf sebagai salah satu projek pendidikan terunggul oleh SEAMEO VOCTECH, sebuah entiti pendidikan di Brunei yang memimpin dalam pendidikan vokasional dan teknikal di rantau Asia Tenggara.

Ramai pelajar dari program tersebut berjaya mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh dari sesi-sesi dalam talian, dan seterusnya memperkembangkan impak projek mereka masing-masing.

Dr. Sirhajwan meluahkan rasa gembira dengan pengiktirafan ini, yang dianggapnya sebagai penghargaan terhadap usaha beliau.

Pengarah Kolej Vokasional Keningau, Nordin bin Akup, turut mengucapkan tahniah kepada Dr. Sirhajwan atas dedikasi dan usaha berterusan beliau dalam memberi peluang pembelajaran kepada para pelajar dan pendidik dengan meneroka pelbagai kaedah inovatif. Nordin berharap agar guru-guru di kolej tersebut terus cekal dan komited dalam memberikan yang terbaik dalam mendidik generasi muda negara.

Sebagai penerima anugerah tersebut, Dr. Sirhajwan akan menerima plak anugerah, keahlian premium ISTE selama setahun, jemputan ke persidangan anjuran ISTE serta peluang untuk menyumbang terhadap pendidikan berasaskan teknologi melalui penulisan artikel dan sesi perkongsian. Anugerah ini bukan sahaja menjadi penghargaan terhadap usaha gigih Dr. Sirhajwan tetapi juga menjadi inspirasi kepada para pendidik lain untuk terus berinovasi dalam bidang pendidikan.

Baca lagi artikel menarik:

Pupuk Penguasaan Bahasa Inggeris Di Pedalaman Sabah, Guru Ini Raih Anugerah Berprestij Cambridge
Inisiatif Kedai Runcit Cikgu Anne Di Lawas Rangkul Anugerah Berprestij RISE Educator Award 2024
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Nombor Plat Milik Kereta Langgar Tiang Lampu Di Jalan Openg Terkena 4D Raih Perhatian Netizen Nombor Plat Milik Kereta Langgar Tiang Lampu Di Jalan Openg Terkena 4D Raih Perhatian Netizen
Next Article Batang Ai Jadi Pusat Pertama di Malaysia Hasilkan Tenaga Elektrik Daripada Hidro dan Solar Batang Ai Jadi Pusat Pertama di Malaysia Hasilkan Tenaga Elektrik Daripada Hidro dan Solar

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?