• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kutuk Budak OKU, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Mahu Guru Beri Penjelasan

Oleh
Husna Hazmi
7 Januari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Siasatan telah dimulakan bagi kes ini

Kutuk Budak OKU, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Mahu Guru Beri Penjelasan. Dilaporkan bahawa, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah akan memanggil seorang guru wanita untuk menjelaskan perbuatannya menghantar pesanan dalam talian menyinggung mengenai salah seorang anak murid OKUnya.

Pengarah Pendidikan negeri Raisin Saidin berkata tindakan itu dibuat bagi mendapatkan penjelasan daripada guru berkenaan mengenai kejadian yang tular itu.

Kutuk Budak OKU, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Mahu Guru Beri Penjelasan
Kutuk Budak OKU, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Mahu Guru Beri Penjelasan

Tersilap berkongsi perbualan jelik di Whatsapp

Kejadian tersebut telah dikongsikan oleh bapa kanak-kanak berkenaan apabila dia mendapati mesej kurang sopan mengenai anaknya apabila guru itu tersilap berkongsi gambar anak lelaki OKUnya, Fezan Ray yang digelar oleh guru tersebut sebagai ”anak bongok” dalam group Whatsapp ibu bapa dan guru.

Ibu bapa yang telah berjaya menangkap layar mesej tersebut lalu memuat naiknya di TikTok dan ia telah dikongsikan secara meluas dikalangan netizen.

Menurut Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, murid-murid ini terutamanya mereka yang berkeperluan khas, perlu dilayan dengan berhati-hati.

Pihak mereka juga memandang serius dengan perkara seperti ini dan tidak akan berkompromi dengan sebarang guru yang bercanggah dengan etika profesional keguruan.

Kutuk Budak OKU, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Mahu Guru Beri Penjelasan

Siasatan telah dimulakan terhadap kes ini

Oleh itu, siasatan telah dimulakan terhadap kes ini dan guru terbabit akan dipanggil untuk memberi penjelasan.

Di samping itu, pihak mereka juga telah mengeluarkan amaran kepada semua pejabat pendidikan daerah, pengetua dan guru besar supaya sentiasa mengingatkan guru supaya tidak memuat naik sebarang komen mengenai pelajar sama ada dalam bentuk TikTok atau media sosial lain yang boleh mencemarkan maruah pelajar.

Bapa murid tersebut telah membuat aduan kepada Kementerian Pendidikan melalui platform dalam talian dan merancang untuk membuat laporan polis terhadap guru berkenaan hari ini.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Siap Ugut Dera, Bapa Terkilan Guru Pendidikan Khas Di Tuaran Ini Kantoi Hina Anak OKU
Padah Halang Ambulans, Sebuah Kenderaan Dikenakan Tindakan Polis Di Sri Aman
SUMBER :News Straits Time
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Siap Ugut Dera, Bapa Terkilan Guru Pendidikan Khas Di Tuaran Ini Kantoi Hina Anak OKU Siap Ugut Dera, Bapa Terkilan Guru Pendidikan Khas Di Tuaran Ini Kantoi Hina Anak OKU
Next Article Memang Unik, Nama ‘Baby Girl’ Di IC Pelajar Sabah Ini Buat Ramai Terkejut

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?