• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Guru Sabah Finalis Anugerah Inovasi Bahasa Inggeris Antarabangsa

Oleh
Farisha
29 Julai 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Projek Bahasa Inggeris VRL oleh Dr. Sirhajwan Idek dicalonkan untuk Anugerah ELTons British Council

Guru Sabah Finalis Anugerah Inovasi Bahasa Inggeris Antarabangsa. Projek Bahasa Inggeris yang dibangunkan oleh Dr. Sirhajwan Idek, seorang guru Bahasa Inggeris yang bertugas di Kolej Vokasional Keningau, Sabah, telah dipilih sebagai finalis bagi Anugerah ELTons British Council dalam kategori inovasi tempatan yang akan diumumkan keputusannya pada 20 November 2024 semasa Festival Inovasi ELTons di United Kingdom.

Projek yang dinamakan Virtual Remote Live (VRL) merupakan satu projek pengantarabangsaan melalui sesi dalam talian yang dilaksanakan sejak tahun 2020. Daripada berpuluh-puluh permohonan yang diterima dari 60 buah negara, empat projek berjaya tercalon sebagai finalis bagi kategori tersebut. Senarai finalis bagi anugerah tersebut boleh diakses melalui laman sesawang penganjur: https://www.britishcouncil.org/english-assessment/eltons/2024-finalists/local-innovation

Guru Sabah Finalis Anugerah Inovasi Bahasa Inggeris Antarabangsa
Guru Sabah Finalis Anugerah Inovasi Bahasa Inggeris Antarabangsa

Anugerah inovasi ELTons merupakan  anugerah paling berprestij di dunia bagi inovasi Bahasa Inggeris dalam bidang pengajaran, pembelajaran dan penilaian. Ianya dianjurkan oleh British Council setiap tahun yang membuka penyertaan kepada seluruh dunia untuk lima kategori. 

Projek inovasi Dr. Sirhajwan yang dikenali sebagai ‘Virtual, Remote, Live’ ataupun singkatannya VRL merupakan program yang membolehkan para pelajar dan guru untuk berinteraksi dengan pelajar dan guru dari negara lain melalui beberapa aktiviti dalam talian iaitu kelas induk, pembentangan persidangan, kelas pertukaran budaya dan sesi sembang santai.

Projek itu telah berjaya melibatkan lebih 2,000 pelajar serta guru dari Malaysia dan beberapa negara yang lain. Melalui sesi dalam talian yang telah dilaksanakan, mereka mempelajari pelbagai topik serta membentang hasil kerja mereka sambil mempraktikkan bahasa Inggeris. 

Ramai pelajar yang berjaya mengaplikasikan apa yang mereka pelajari daripada aktiviti-aktiviti program tersebut dan seterusnya memperkembangkan impak projek mereka masing-masing. Dr. Sirhajwan berasa gembira dengan pencalonan projek tersebut sebagai finalis kerana ianya bermakna VRL telah membawa perubahan yang positif kepada dunia pendidikan. 

Pengarah Kolej Vokasional Keningau, Nordin bin Akup, mengucapkan tahniah kepada Dr. Sirhajwan kerana berjaya meneroka pelbagai peluang yang dapat menggilap bakat pelajar dan meningkatkan kemenjadian mereka.

Projek tersebut telah berjaya melayakkan Dr. Sirhajwan sebagai penerima anugerah 20 to Watch anjuran International Society of Technology in Education (ISTE) yang berpangkal di Amerika Syarikat pada awal tahun 2024 dan ianya telah diiktiraf sebagai amalan terbaik dalam pendidikan TVET di benua Asia Tenggara oleh SEAMEO VOCTECH iaitu badan pendidikan yang berkhususkan bidang vokasional yang berpusat di Brunei pada pertengahan tahun 2023.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Pupuk Penguasaan Bahasa Inggeris Di Pedalaman Sabah, Guru Ini Raih Anugerah Berprestij Cambridge
Pelajar KVK Sabah Menang Anugerah Terbaik Mengenai Artikel Anti-Buli

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kuching Antara 7 Daerah Di Sarawak Dilanda Gelombang Haba Tahap 1
Next Article Pelajar Tingkatan 4 Sawan Kritikal Akibat Hisap Vape Magic Mushroom

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?