• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Insiden Halang Laluan Ambulans, Tiada Laporan Kondisi Pesakit Diterima Dari Hospital

Oleh
Aina Musa
6 Januari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Insiden Halang Laluan Ambulans, Tiada Laporan Kondisi Pesakit Diterima Dari Hospital

Pihak polis tidak menerima sebarang laporan dari hospital

Insiden Halang Laluan Ambulans, Tiada Laporan Kondisi Pesakit Diterima Dari Hospital. Pihak polis Sri Aman menafikan bahawa seorang pesakit yang diangkut oleh ambulans telah meninggal dunia akibat kenderaan lain tidak memberi laluan.

Ini adalah berikutan tularnya sebuah video di media sosial yang mendakwa bahawa seorang penyanyi Iban berusia 40 tahun telah meninggal dunia kerana ambulans yang membawanya tidak dapat sampai ke hospital tepat pada masanya.

Insiden Halang Laluan Ambulans, Tiada Laporan Kondisi Pesakit Diterima Dari Hospital
Insiden Halang Laluan Ambulans, Tiada Laporan Kondisi Pesakit Diterima Dari Hospital. Sumber: Malay Mail

Ketua Polis Daerah Sri Aman DSP Mathew Manggie berkata kepada media bahawa pihaknya tidak menerima sebarang maklumat atau laporan daripada pihak hospital atau keluarga mangsa mengenai kematian tersebut.

“Kami tidak tahu apa-apa mengenai perkara ini (kematian pesakit) kerana tiada siapa yang membuat laporan kepada kami,” katanya.

Video yang dirakam oleh seorang anggota perubatan di dalam ambulans itu menunjukkan bahawa sebuah kenderaan tidak menghiraukan bunyi siren dan lampu isyarat ambulans dan terus memandu di lorong kanan jalan raya.

Mathew berkata bahawa pihak polis telah mengesan pemandu kenderaan itu selepas melihat video tersebut di media sosial pada petang Jumaat, dan telah mengambil tindakan undang-undang ke atasnya.

Baca lagi artikel menarik:

Padah Halang Ambulans, Sebuah Kenderaan Dikenakan Tindakan Polis Di Sri Aman
Pemandu Park Kereta Sesuka Hati Di Sebuah Klinik Kesihatan Kuching, Ganggu Laluan Ambulans
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah Di Kuching Ditolak, Raih Perhatian Netizen Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah Di Kuching Ditolak, Raih Perhatian Netizen
Next Article Siap Ugut Dera, Bapa Terkilan Guru Pendidikan Khas Di Tuaran Ini Kantoi Hina Anak OKU Siap Ugut Dera, Bapa Terkilan Guru Pendidikan Khas Di Tuaran Ini Kantoi Hina Anak OKU

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?