Kali ini apa pula alasan sengaja halang laluan ambulans
Halang Laluan Ambulans Di Kidurong, Kali Ini Vios Maroon Pula Buat Hal. Hari ini tular perkongsian sebuah video di media sosial mendakwa pemandu kereta jenis Toyota Vios menghalang laluan ambulans di laluan lampu merah Kidurong menghala ke RPR Kidurong, Bintulu.
Menurut hantaran oleh seorang individu di Facebook, kejadian itu berlaku 30 januari 2024 sekitar jam 4:20 petang semalam.
Menerusi video berdurasi 45 saat itu, salah seorang petugas kesihatan yang berada di dalam ambulans juga telah menggunakan pembesar suara meminta pemandu terbabit segera memberikan laluan kepada mereka namun tidak diendah.
Meskipun siren kecemasan dibunyikan ketika kejadian, pemandu tersebut dilihat enggan mengubah lorong dan memberi laluan kepada ambulans.
Susulan itu, petugas kesihatan terus memberikan arahan “tolong beri laluan sambil menyebut nombor plat Toyota Vios berwarna maroon itu”.
Tidak cukup dengan itu, petugas itu terus membunyikan hon gara-gara arahannya tidak dipedulikan oleh pemandu tersebut.
Rakaman yang dimuat naik di laman Facebook telah pun mendapat lebih 42K tontonan sejak tiga jam yang lalu.
