• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Halau Binatang Buas Dan Makhluk Halus, Ini Keistimewaan Kayu Tas Yang Ramai Tidak Tahu

Oleh
ILB - AI
7 November 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Digelar Selukai di Sarawak

Halau Binatang Buas Dan Makhluk Halus, Ini Keistimewaan Kayu Tas Yang Ramai Tidak Tahu. Masyarakat di Sarawak sudah semestinya lazim dengan spesis tumbuhan yang satu ini iaitu kayu tas atau orang tempatan di sini lebih gemar untuk menggelarnya kayu lukai.

Mana tidak, dalam kehidupan masyarakat nusantara khasnya di kepulauan Borneo ada yang percaya tumbuhan ini mempunyai kuasa magis yang mampu untuk menundukkan haiwan buas seperti harimau.

Kayu tas atau dikenali sebagai kayu hujan panas dikatakan mempunyai mistik yang tersendiri. Selain digunakan untuk menundukkan haiwan, ada juga yang menggunakan sebagai pemanis wajah dan pendinding dari gangguan makhluk halus.

Halau Binatang Buas Dan Makhluk Halus, Ini Keistimewaan Kayu Tas Yang Ramai Tidak Tahu
Halau Binatang Buas Dan Makhluk Halus, Ini Keistimewaan Kayu Tas Yang Ramai Tidak Tahu

Keistimewaan kayu tas

Namun, masih wujudkah kayu tas ini di zaman yang serba moden ini? Sudah semestinya masih ramai menanam bahkan ada juga yang menjualnya di pasar tani untuk kegunaan masyarakat setempat.

Sebenarnya, banyak kegunaan kayu tas ini misalnya seperti menghalau nyamuk jika dibandingkan dengan kuasa mistik yang sering diungkapkan oleh orang lama pada zaman dahulu.

Menurut masyarakat Orang Asli, mereka percaya kayu tas boleh memindahkan hujan ke tempat lain. Caranya dengan memusingkan kayu pokok tersebut sebanyak tiga kali.

Kayu tas. Kredit foto: UtusanTV

Malah, air rebusan akarnya juga dikatakan berupaya boleh mengembalikan kesegaran badan serta menguatkan tenaga batin selain boleh merawat penyakit uluran dan sakit perut.

Terdapat dua jenis kayu tas iaitu kayu tas jantan dan kayu tas betina. Apa yang berbeza antara dua ini adalah warna kulitnya. Namun, kebiasaannya kayu tas jantan berwarna kehitaman manakala kayu tas betina berwarna putih dan cerah.

Kehebatan kayu tas ini terletak pada baunya. Kayu tas jantan memiliki bau yang lebih kurang sama di semua tempat, namun kayu tas betina ada bau yang berbeza.

Kayu tas. Kredit foto: UtusanTV

Di Sabah dan Sarawak, kayu tas betina mempunyai aroma yang lebih wangi semacam bau rempah, manakala bau kayu tas betina dari Semenanjung agak busuk dan hancing.

Malah, kayu tas betina Semenanjung mempunyai khasiat yang lebih tinggi. Rata-rata pawang dan bomoh lebih gemar untuk menggunakan kayu tas jenis ini dalam bidang perubatan mereka.

Untuk mengenali kayu tas, haruslah dibakar terlebih dahulu. Apabila dibakar, ia akan mengeluarkan asap berbau wangi seperti bau setanggi. Bau inilah yang boleh menghalau binatang buas atau haiwan berbisa, serta ditakuti makhluk halus.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article [VIDEO] Lelaki Ini Dilihat Angkat Buaya Balik Rumah, Buat Netizen Kagum Dan 'Confuse' [VIDEO] Lelaki Ini Dilihat Angkat Buaya Balik Rumah, Buat Netizen Kagum Dan ‘Confuse’
Next Article Saksikan Fenomena Gerhana Bulan Penuh 'Berdarah' Pada Malam Esok Saksikan Fenomena Gerhana Bulan Penuh ‘Berdarah’ Pada Malam Esok

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?