• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Hancur Satu Pasaraya, Tular Seorang Lelaki Mengamuk Musnahkan Harta Benda Di Econsave Bintulu

Oleh
Ismail NA
30 Jun 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Kejadian dipercayai berlaku awal pagi tadi.

Hancur Satu Pasaraya, Tular Seorang Lelaki Mengamuk Musnahkan Harta Benda Di Econsave Bintulu. Satu kejadian melibatkah kemusnahan harta benda telah dilaporkan tular tengah hari tadi apabila seorang lelaki dikatakan bertindak ganas menghancurkan barangan di sebuah pasaraya di Bintulu.

Isi Isi Penting
  • Kejadian dipercayai berlaku awal pagi tadi.
  • Satu pasaraya hancur musnah oleh seorang lelaki
  • Seksyen sayur terjejas teruk, punca kejadian masih belum diketahui
  • Baca juga :

Melalui sebuah hantaran video berserta gambar netizen yang tular di laman Facebook, lelaki tersebut dirakam berdiri di atas sebuah meja sayur sambil memegang sesuatu berupa batang besi atau kayu panjang berwarna jingga. Lelaki tersebut juga tidak memakai baju dan hanya mengenakan seluar sambil dilihat seperti orang yang kurang siuman.

Satu pasaraya hancur musnah oleh seorang lelaki

Rakaman video tersebut juga menunjukkan suasana pasaraya tersebut yang berada dalam keadaan bersepah dan kucar kacir akibat kerosakan yang diakibatkan oleh lelaki berkenaan. Selain barangan, infrastruktur di pasaraya tersebut juga turut dirosakkan oleh lelaki berkenaan. Kejadian dipercayai berlaku di pasaraya Econsave Bintulu.

Posted by Iezsmah Mohammad on Tuesday, June 29, 2021

Satu perbualan dengan lelaki tersebut juga sempat dirakam. Ditanya sama ada lelaki tersebut mabuk kerana meminum minuman keras, tiada jawapan yang jelas daripada lelaki tersebut. Lelaki tersebut juga menjawab bahawa namanya adalah ‘Roh’ (tidak dapat dipastikan sama ada betul atau salah).

Posted by Iezsmah Mohammad on Tuesday, June 29, 2021

Hantaran pengguna Facebook dengan nama Iezsmah Mohammad tersebut dimuat naik pada jam 9.52 pagi tadi dan sehingga kini telah mendapat sebanyak 3,000 perkongsian dan 279 komen.

Seksyen sayur terjejas teruk, punca kejadian masih belum diketahui

Gambar-gambar yang tular itu juga menunjukkan seksyen barangan basah seperti sayur-sayuran, buah-buahan, barangan dapur seperti kicap dan sos pecah dan mengotorkan laluan dalam pasaraya berkenaan. Selain itu, cermin peti sejuk beku juga kelihatan pecah. Secara keseluruhan, pasaraya tersebut musnah teruk dan dianggarkan mengalami kerugian yang banyak.

Hancur Satu Pasaraya, Tular Seorang Lelaki Mengamuk Musnahkan Harta Benda Di Econsave Bintulu
Hancur Satu Pasaraya, Tular Seorang Lelaki Mengamuk Musnahkan Harta Benda Di Econsave Bintulu
Sumber : FB Iezsmah Mohammad

Lelaki tersebut walau bagaimanapun telah ditangkap oleh pihak polis dan kini masih disiasat. Punca kejadian masih belum diketahui.

Baca juga :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TERKINI: Kes Di Sarawak Meningkat Kembali, 376 Kes Positif COVID-19 Dilaporkan Hari Ini
Next Article Bagi Mereka Yang Memerlukan Di Musim PKP, Ini Adalah Senarai 'Food Bank' Yang Boleh Didapati Di Sara Bagi Mereka Yang Memerlukan Di Musim PKP, Ini Adalah Senarai ‘Food Bank’ Yang Boleh Didapati Di Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?