• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Hanya Untuk Keluarga Terdekat Sahaja, Rumah Terbuka Dibenarkan Untuk Sehari

Oleh
ILB - AI
20 Disember 2021
Kongsi
3 Min Bacaan
Hanya Untuk Keluarga Terdekat Sahaja, Rumah Terbuka Dibenarkan Untuk Sehari

Penganut Kristian di Sarawak hanya dibenarkan mengadakan perayaan Krismas pada hari pertama

Hanya Untuk Keluarga Terdekat Sahaja, Rumah Terbuka Dibenarkan Untuk Sehari. Bagi penganut Kristian yang bakal menyambut perayaan Krismas 25 Disember ini, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) telah mengumumkan bahawa perayaan itu dibenarkan untuk disambut pada hari pertama sahaja.

Hanya Untuk Keluarga Terdekat Sahaja, Rumah Terbuka Dibenarkan Untuk Sehari

Semua jenis aktiviti penjualan sempena Hari Krismas tidak dibenarkan

Menurut laporan, rumah terbuka hanya terhad kepada ahli keluarga terdekat dan bergantung kepada saiz rumah. Dewan, gereja dan tempat awam tidak dibenarkan untuk mengadakan rumah terbuka.

Bagi mereka yang menghadiri gereja untuk malam Krismas (24 Disember) dan Hari Krismas (25 Disember), bilangan jemaah yang dibenarkan di gereja adalah terhad kepada 50% sahaja dan bergantung kepada saiz gereja. Jarak fizikal sekurang-kurangnya satu meter juga diperlukan.

Gambar sekadar hiasan. Kredit foto: The Star

Pelitup muka harus digunakan setiap masa dan berjabat tangan tidak digalakkan. Pengunjung gereja hendaklah meninggalkan premis serta-merta sebaik sahaja sesi selesai.

Rumah ibadat juga dibenarkan dibuka dan tertakluk kepada SOP yang ditetapkan. Waktu sembahyang yang dicadangkan adalah dari pukul 6PM hingga 1AM pada 25 Disember untuk malam Krismas dan dari 6AM hingga 12AM pada Hari Krismas.

Sementara itu, beberapa aktiviti berkaitan dengan perayaan Krismas juga tidak dibenarkan iaitu aktiviti karoling dari rumah ke rumah dan apa-apa aktiviti penjualan.

Mereka yang belum melengkapi vaksinasi tidak dibenarkan menghadiri gereja

Disamping itu, individu yang belum melengkapi vaksinasi tidak dibenarkan menghadiri gereja dan mereka yang menunjukkan gejala seperti demam, batuk, sakit tekak, selesema atau kesukaran bernafas tidak dibenarkan hadir Sekiranya anda mengalami gejala seperti ini, pastikan anda buat saringan kendiri dan berjumpa dengan pakar kesihatan untuk tindakan lanjut.

Kredit foto: Simi Taiji

Warga emas dan individu yang menghidap penyakit kronik tidak digalakkan untuk menghadiri gereja.

Kanak-kanak di bawah usia 12 tahun dinasihati untuk tidak menghadiri gereja tetapi jika perlu hadir, mereka harus dtemani oleh penjaga yang telah melengkapkan vaksinasi mereka.

Untuk maklumat lanjut mengenai SOP terkini, anda boleh baca dari pautan ini.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article GPS Tetap Menang Majoriti Mudah Di PRN 12 Sarawak Walaupun Tidak Berdiri Di Bawah Komponen BN
Next Article 2 Kes Omicron Dikesan Dalam Negeri, JPBNS Kemas Kini Prosedur Enter Sarawak 2 Kes Omicron Dikesan Dalam Negeri, JPBNS Kemas Kini Prosedur Enter Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?