• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Harapkan Pegar, Pegar Makan Padi! Bekas Pemandu Jabatan Kebajikan Rogol Gadis Bawah Umur Di Tempat Kerja

Oleh
Husna Hazmi
16 Februari 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Kejadian berlaku di sebuah Jabatan Kebajikan di Jalan Kuching-Serian.

Harapkan Pegar, Pegar Makan Padi! Bekas Pemandu Jabatan Kebajikan Rogol Gadis Bawah Umur Di Tempat Kerja. Dipetik daripada Utusan Borneo bahawa, seorang bekas pemandu Jabatan Kebajikan di Jalan Kuching-Serian telah dijatuhkan hukuman penjara 8 tahun dan dikenakan dua sebatanoleh Mahkamah Sesyen Kuching semalam atas pertuduhan merogol remaja perempuan di Rumah Kebajikan tersebut pada tahun 2018.

Isi Isi Penting
  • Kejadian berlaku di sebuah Jabatan Kebajikan di Jalan Kuching-Serian.
  • Tertuduh berusia 49 tahun itu yang didapati bersalah atas dua pertuduhan
  • Mangsa menceritakan perbuatan keji tertuduh
  • Timbalan Pendakwa Raya memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman berat
Harapkan Pegar, Pegar Makan Padi! Bekas Pemandu Jabatan Kebajikan Rogol Gadis Bawah Umur Di Tempat Kerja
Harapkan Pegar, Pegar Makan Padi! Bekas Pemandu Jabatan Kebajikan Rogol Gadis Bawah Umur Di Tempat Kerja. Kredit gambar: Utusan Borneo

Tertuduh berusia 49 tahun itu yang didapati bersalah atas dua pertuduhan

Hakim Jason Juga menetapkan hukuman tersebut terhadap tertuduh berusia 49 tahun itu yang didapati bersalah atas dua pertuduhan di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan selepas perbicaraan penuh, susulan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap tertuduh di akhir kes pembelaan.

Jika disabit bersalah, seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan terhadap tertuduh.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol mangsa perempuan bawah umur berusia 16 tahun pada waktu kejadian, di dalam bilik stor dewan serbaguna di sebuah rumah kebajikan di Jalan Kuching-Serian pada 29 Mac 2018. 

Pertuduhan kedua pula menyaksikan tertuduh didakwa merogol mangsa yang sama di dalam tandas lelaki di dewan serba guna tersebut pada bulan April 2018. 

Harapkan Pegar, Pegar Makan Padi! Bekas Pemandu Jabatan Kebajikan Rogol Gadis Bawah Umur Di Tempat Kerja
Gambar sekadar hiasan

Mangsa menceritakan perbuatan keji tertuduh

Kejadian tersebut kemudiannya terbongkar setelah mangsa menceritakan perbuatan keji tertuduh yang merupakan pemandu di Pusat Kebajikan setahun kemudian kepada pihak pengurusan dan tertuduh telah ditahan pihak berkuasa pada bulan Januari 2019.

Sebelum dijatuhkan hukuman, tertuduh menerusi peguamnya Wit Malang merayu agar tidak dikenakan hukuman berat atas alasan tertuduh merupakan pencari nafkah tunggal serta mempunyai seorang isteri dan juga tiga orang anak untuk ditanggung. Wit Malang juga memaklumkan mahkamah bahawa anak perempuan tertuduh mengalami masalah jantung dan memerlukan tanggungan daripada tertuduh.

Harapkan Pegar, Pegar Makan Padi! Bekas Pemandu Jabatan Kebajikan Rogol Gadis Bawah Umur Di Tempat Kerja

Timbalan Pendakwa Raya memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman berat

Namun, Timbalan Pendakwa Raya, Nurfadzlin Mahmad Zulhasnan memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman berat dengan mengambil kira faktor tertuduh didapati bersalah selepas perbicaraan penuh dan kes ini telah menelan banyak kos serta masa.

Di samping itu, beliau juga turut berkata bahawa, mahkamah perlu mengambil kira faktor jarak usia tertuduh dan mangsa, kesan trauma yang dialami mangsa, kepentingan awam dan juga betapa seriusnya kesalahan yang dilakukan tertuduh itu.

Selain itu, mahkamah menetapkan tertuduh dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan satu sebatan bagi setiap pertuduhan yang dihadapinya. Mahkamah bagaimanapun memerintahkan hukuman penjara dijalankan secara serentak berkuat kuasa semalam. Dalam masa yang sama juga, Wit Malang memohon agar mahkamah menangguhkan hukuman ke atas anak guamnya sementara menunggu rayuan difailkan.

Mahkamah membenarkan permohonan tersebut dan tertuduh diberikan jaminan RM20,000 dengan RM5,000 didepositkan berserta dua penjamin tempatan mempunyai pekerjaan dan juga alamat tetap.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Nak Makan Korean Street Food Best Di Kuching? Jom Ke KCSpicy!
Next Article 'Dulu Hotel Ni Takdala Teruk Macam Ni', Wanita Ini Luah Rasa Kecewa Terhadap Kemudahan Hotel Di Kuching ‘Dulu Hotel Ni Takdala Teruk Macam Ni’, Wanita Ini Luah Rasa Kecewa Terhadap Kemudahan Hotel Di Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?