• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Harga Bermula RM3399, Iphone 12 Sah Tidak Sertakan Palam Pengecas Dan Earpod

Oleh
Ismail NA
14 Oktober 2020
Kongsi
4 Min Bacaan

Desas desus model terbaharu Iphone kini terjawab.

Harga Bermula RM3399, Iphone 12 Sah Tidak Sertakan Palam Pengecas Dan Earpod. Telefon pintar dengan nilai jenama paling kukuh di dunia iaitu iPhone kini mengeluarkan model terbaharu telefon pintar mereka iaitu Iphone 12. Model ini telah menjadi perdebatan netizen di seluruh dunia terutamanya menerusi alam maya tatkala para penganalisis telefon giat memberikan info maklumat bocor tentang rekaan terbaharu Iphone ini kepada umum.

Isi Isi Penting
  • Desas desus model terbaharu Iphone kini terjawab.
  • Tidak sertakan palam pengecas dan earpod sebagai langkah selamatkan alam sekitar
  • Rekaan Iphone 12 mengimbau kenangan Iphone 4 dan 5
  • Iphone 12 Pro tampil dengan teknologi pengimbas LiDAR
  • Lagi artikel lain :

Kini, persoalan tersebut telah terjawab.

Menerusi acara pelancaran Apple Event malam tadi jam 1 pagi, model terbaharu tersebut telah dilancarkan secara rasmi dengan menampilkan 2 variasi iaitu Iphone 12 dan Iphone 12 Pro.

Harga Bermula RM3399, Iphone 12 Sah Tidak Sertakan Palam Pengecas Dan Earpod
Harga Bermula RM3399, Iphone 12 Sah Tidak Sertakan Palam Pengecas Dan Earpod

Tidak sertakan palam pengecas dan earpod sebagai langkah selamatkan alam sekitar

Walau bagaimanapun, perkara yang paling mencuri perhatian ialah model terbaharu Iphone ini disahkan tidak lagi menyertakan palam pengecas ke dalam kotak kemasan mereka selain turut tidak memasukkan earpod. Perkara tersebut dijelaskan oleh pihak Apple sebagai langkah untuk mereka mengurangkan sisa karbon dan menyelamatkan alam sekitar.

Namun, tindakan Apple ini dilihat sebagai tindakan yang serampang dua mata yang berselindung di sebalik nama alam sekitar. Sudah tentu jika anda merupakan pembeli Iphone buat kali pertama, anda perlu membeli palam pengecas dengan harga yang berlainan. Hmmm.

Rekaan Iphone 12 mengimbau kenangan Iphone 4 dan 5

Namun demikian, tidak dinafikan bahawa rekaan terbaharu ini mengimbau kenangan lama terhadap rekaan Iphone terdahulu iaitu Iphone 4 dan 5. Rekaan terbaharu ini tampak lebih ‘sleek’ dan menarik jika dibandingkan dengan rekaan Iphone 11 walau pun kedua-duanya kelihatan tidak jauh berbeza.

Dari segi spesifikasinya pula, tidak banyak perubahan yang mengujakan yang dibawa oleh Iphone 12 melainkan ciri-ciri terbaharu seperti 5G, cip pemprosesan bionik A14 dan teknologi aksesori magnetik MagSafe yang memudahkan pengecasan tanpa wayar.

Iphone 12 juga didatangkan dengan dua saiz yang berbeza iaitu 5.4 inci untuk Iphone 12 Mini dan 6.1 inci untuk Iphone 12. Kedua-duanya mempunyai spesifikasi yang sama namun hanya dibezakan dengan saiz.

Harga Bermula RM3399, Iphone 12 Sah Tidak Sertakan Palam Pengecas Dan Earpod

Harga Iphone 12 ini bermula pada RM 3,399 (12 Mini) dengan storan minima 64 GB.

Iphone 12 Pro tampil dengan teknologi pengimbas LiDAR

Model Iphone 12 Pro pula tampil dengan spesifikasi yang lebih profesional terutamanya untuk penggiat fotografi dan sinematografi. Bukan itu sahaja, mereka turut menambah elemen pada kamera mereka dengan fungsi Dolby Vision, iaitu yang seumpamanya untuk kamera telefon pintar. Teknologi pengimbas 3D LiDAR juga pastinya sesuatu yang menggembirakan terutamanya buat para arkitek, jurutera dan pereka dalaman.

Harga Iphone 12 Pro ini pula bermula pada RM 4,899 dengan storan minima 128 GB.

Dengan keluaran model terbaharu ini, harga model Iphone 11, XR dan SE juga dikhabarkan turun.

Jadi, adakah anda sanggup melaburkan wang anda untuk model Iphone terbaharu ini? Adakah berbaloi untuk anda ‘angkat’ demi fungsi dan paling utama, foto cantik semasa anda melancong dan mengambil gambar makanan?

Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.

Lagi artikel lain :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rumah Panjang Terputus Hubungan Disebabkan Tanah Runtuh
Next Article Bantuan Sehingga RM1K Untuk B40 Dan M40, Permohonan Baru BPN 2.0 Dibuka Hari Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?