• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Hari Pertama Kembara Kenali Borneo, Agong ‘Excited’ Sambutan Luar Biasa Dari Warga Tawau

Oleh
ILB - AI
4 September 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Hari Pertama Kembara Kenali Borneo, Agong 'Excited' Sambutan Luar Biasa Dari Warga Tawau

Agong terharu dengan sambutan rakyat di Tawau

Hari Pertama Kembara Kenali Borneo, Agong ‘Excited’ Sambutan Luar Biasa Dari Warga Tawau. Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah malam ini menzahirkan rasa terharu dan teruja baginda dengan sambutan yang cukup hebat penduduk di Tawau sebaik berangkat tiba di Tawau petang semalam.

Seri Paduka bertitah baginda dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta anakanda cukup terharu kerana dapat sampai di Sabah, Negeri di Bawah Bayu.

“Saya sampai di Tawau tetap ada wow, wow sambutan selepas mendarat, dari Kuala Lumpur hanya dua jam 30 minit tetapi dari Lapangan Terbang (Tawau) ke sini lima jam 30 minit.

“Saya dan isteri (Tunku Azizah) begitu semangat dengan apa yang ditunjukkan orang Tawau dan Sabah. Saya terharu sambutan hari pertama sebegini, esok dan lusa mesti lagi hebat. Saya cukup teruja, isteri dan anak-anak menghitung hari ke sini,” titah baginda pada Majlis Pelancaran Kembara Kenali Borneo dan Santapan Malam Bersama Rakyat Tawau di Dewan Masyarakat Tawau malam ini.

Kredit: Facebook

Terdahulu, Al-Sultan Abdullah melancarkan Kembara Kenali Borneo iaitu program pengembaraan sejauh lebih 2,149 kilometer selama 11 hari dengan menelusuri Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak dan Brunei.

Seri Paduka turut bertitah supaya seluruh penduduk Sabah dan Sarawak bersemangat menyambut Hari Malaysia.

“Selepas sambutan kemerdekaan dengan semangat ditunjukkan di Semenanjung begitu hebat, saya nak tengok orang Sabah dan Sarawak bersemangat sambut Hari Malaysia,” titah baginda.

Selain itu, baginda menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang bersusah payah merealisasikan Kembara Kenali Borneo.

Al-Sultan Abdullah kemudian berkenan menyanyikan lagu bertajuk Butakah Cinta yang dipopularkan oleh Ameng daripada Kumpulan Spring.

Terdahulu, pada 1.50 tengah hari Seri Paduka berdua berangkat tiba di Lapangan Terbang Tawau di sini dari Kuala Lumpur, sebelum Al-Sultan Abdullah memandu sendiri kenderaan untuk bertemu dengan rakyat yang menyambut pasangan diraja itu.

Kembara Kenali Borneo yang julung kali diadakan akan menyaksikan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah mengenali lebih dekat rakyat Malaysia yang menetap di pedalaman Sabah dan Sarawak pada program yang bermula hari ini hingga 13 Sept.

Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dijadual melakukan pelepasan kembara itu pagi esok di 0 KM Padang Majlis Bandaran Tawau.

Baca lagi artikel menarik:

‘Tour’ Dari Sabah Ke Sarawak, Impian YDP Agong Akhirnya Tercapai Bakal Rasmi Pan Borneo
YDP Agong Bakal Singgah Ke Pasar Sentral Demi ‘Santap’ Dabai Dan Mi Kampua Autentik Sibu
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Leka Bersih Kepala Anak Dipenuhi Kutu Dalam Bas Awam, Tindakan Ibu Ini Buat Netizen Geli
Next Article Hisap Vape Dalam Asrama Punca Kes Buli Di Ranau, 10 Pelajar Ditahan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?