I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Hasil Titik Peluh Sendiri, Amir Jahari Nafi Beli Kereta Pertama Guna Duit Kemenangan AJL38

Oleh Farisha
28 Mac 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Kemenangan AJL38 bukan punca Amir Jahari beli kereta baharu

Hasil Titik Peluh Sendiri, Amir Jahari Nafi Beli Kereta Pertama Guna Duit Kemenangan AJL38. Anak kelahiran Sarawak, Amir Jahari iaitu pemenang Anugerah Juara Lagu ke-38, baru-baru ini membeli kereta baharu menggunakan hasil titik peluhnya dalam perniagaan dan industri seni.

Menerusi perkongsiannya di laman Instagram miliknya, beliau berkongsi kegembiraannya dan menyatakan bahawa kereta itu bukan dibeli daripada wang kemenangan AJL38.

Hasil Titik Peluh Sendiri, Amir Jahari Nafi Beli Kereta Pertama Guna Duit Kemenangan AJL38
Hasil Titik Peluh Sendiri, Amir Jahari Nafi Beli Kereta Pertama Guna Duit Kemenangan AJL38

Titik perubahan hidup Amir Jahari selepas kematian ayahnya, banyak pengajaran yang dibelajar

Menurut Amir, titik perubahan hidupnya bermula selepas kematian ayahnya, di mana beliau kembali terlibat dalam bidang muzik dan membuat pengembaraan walaupun ketiadaan modal pada ketika itu. Peristiwa itu mendorongnya untuk lebih berfikir, menyimpan dan belajar melabur.

Walaupun pada suatu ketika dahulu merasakan mustahil untuk memiliki kereta baharu, Amir bersyukur kerana proses pembelian kereta kali ini dipermudahkan dalam beberapa minggu sahaja.

Beli kenderaan untuk keselesaan keluarga

Amir membeli kereta itu untuk memberi keselesaan kepada anak-anaknya ketika perlu berjalan jauh serta memudahkan urusan mengambil ahli keluarga dari Sarawak untuk melawat Kuala Lumpur.

Beliau mengakui pernah hidup dalam keadaan susah dan terdedah kepada pelbagai kritikan atau kecaman seperti disaran bekerja bidang lain dan meninggalkan bidang muzik.

Namun Amir menjelaskan beliau pernah menceburi pelbagai jenis pekerjaan seperti mengajar, servis cipta lagu dan mencari pekerjaan dengan syarikat lain sebelum ini. Kesusahan hidupnya ketika itu bukannya kerana memilih pekerjaan, tetapi kerana ketidakstabilan keadaan kewangan.

Baca juga artikel yang berkaitan dengan Amir Jahari:

Anak Kelahiran Sarawak, Amir Jahari Dinobat Juara AJL38
Penangan Lagu Hasrat, Amir Jahari Bakal Adakan Konsert Mini 30 April Ini Di Kuching
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lelaki Di Sabah Didenda RM15,000 Atas Kes Seludup Diesel Haram Lelaki Di Sabah Didenda RM15,000 Atas Kes Seludup Diesel Haram
Next Article Ini 10 Studio Untuk Anda Bergambar Pagi Raya Bersama Keluarga Sekitar Kuching Ini 10 Studio Untuk Anda Bergambar Pagi Raya Bersama Keluarga Sekitar Kuching

Advertorial

TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ini 4 Sebab Kenapa Yayasan Peneraju Exchange YPX Akan Jadi Game Changer Untuk Bisnes Anda
Event Menarik
Peluang Emas Untuk Usahawan Sarawak, TEGAS Fundraising Accelerator 2024 Kini Dibuka
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?