I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Hasilkan Ginger Beer Tanpa Alkohol, Dua Sekawan Dari Sabah Ini Manfaatkan Halia Tambunan Jadi Jenama Minuman
Notification Show More
Latest News
Sempena Sambutan Gawai MASwings Tambah Kekerapan Penerbangan Dalam Sarawak Sempena Sambutan Gawai, MASwings Tambah Kekerapan Penerbangan Dalam Sarawak
Sempena Sambutan Gawai, MASwings Tambah Kekerapan Penerbangan Dalam Sarawak
24 Mei 2022
Padah Buli OKU Dengan Menembak Guna Mercun, Pekerja Syarikat Kurier Kini Didenda RM1,000 Di Kuching
Padah Buli OKU Dengan Menembak Guna Mercun, Pekerja Syarikat Kurier Kini Didenda RM1,000 Di Kuching
24 Mei 2022
BeFunky collage 91 Wabak Monkeypox Menular Pantas, Pakar Dakwa Berpunca Daripada Festival Homoseksual
Wabak Monkeypox Menular Pantas, Pakar Dakwa Berpunca Daripada Festival Homoseksual
24 Mei 2022
[VIDEO] 'King' Myvi Buat Hal Lagi, Selamba Pandu Lawan Arus Di Tengah Bandaraya Kuching
[VIDEO] ‘King’ Myvi Buat Hal Lagi, Selamba Pandu Lawan Arus Di Tengah Bandaraya Kuching
23 Mei 2022
Tular Rakaman Buang Patung Keagamaan Dalam Tong Sampah, Lelaki Ini Didenda RM2,500
Tular Rakaman Buang Patung Keagamaan Dalam Tong Sampah, Lelaki Ini Didenda RM2,500
23 Mei 2022
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Contact
  • Blog
  • Complaint
  • Advertise
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Hasilkan Ginger Beer Tanpa Alkohol, Dua Sekawan Dari Sabah Ini Manfaatkan Halia Tambunan Jadi Jenama Minuman

Nur Afifah
Oleh Nur Afifah
Dikirim pada 05/02/21 2:50 PM
Kongsi
4 Min Bacaan
BeFunky collage 49 Hasilkan Ginger Beer Tanpa Alkohol, Dua Sekawan Dari Sabah Ini Manfaatkan Halia Tambunan Jadi Jenama Minuman
Kongsi

Jenama ini sudah memasuki pasaraya terkenal di Kuala Lumpur!

Hasilkan Ginger Beer Tanpa Alkohol, Dua Sekawan Dari Sabah Ini Manfaatkan Halia Tambunan Jadi Jenama Minuman. Daerah Tambunan di Sabah terkenal sebagai pusat tanaman halia yang terbesar di Sabah. Halia Tambunan mempunyai aroma dan keunikannya yang tersendiri sehinggakan halia di sana digelar sebagai Halia Tambunan atau Halia Sabah.

Menyedari keunikan dan manfaat halia Tambunan ini, seorang lelaki yang juga merupakan anak jati Sabah telah mendapat inspirasi untuk memanfaatkan sumber pertanian di Sabah menjadi sebuah jenama minuman. Siapa sangka halia Tambunan boleh dijadikan bahan utama untuk minuman ginger beer, kan?

Hasilkan Ginger Beer Tanpa Alkohol, Dua Sekawan Dari Sabah Ini Manfaatkan Halia Tambunan Jadi Jenama Minuman
Bulatan Tambunan dengan mercu tanda halia yang menjadi kebanggan mereka.

Menurut James Wong, pengasas jenama UINAH, produk-produk pertanian mentah di Malaysia dan terutamanya produk di Sabah, dieksport ke negara luar namun ia kemudiannya dijual semula ke negara ini setelah diproses menjadi produk lain seperti makanan, perabot dan sebagainya.

Malah, ia dijual dengan harga yang lebih tinggi.

Jenama UINAH inspirasi dari Ginger Beer Eropah, beli halia terus dari peladang Sabah tanpa khidmat orang tengah

Terinspirasi daripada minuman ginger beer yang disukainya semasa berada di New Zealand, James dan rakannya, Matthias Liew, mengambil keputusan untuk mengolah resipi pada tahun 2017 sehingga membina sebuah jenama minuman tempatan iaitu UINAH yang membawa maksud ekspresi ‘Wow!’ atau kekaguman terhadap sesuatu.

Hasilkan Ginger Beer Tanpa Alkohol, Dua Sekawan Dari Sabah Ini Manfaatkan Halia Tambunan Jadi Jenama Minuman
Pengasas UINAH, Matthias dan James.

Jenama UINAH ini bukan sekadar jenama biasa milik anak tempatan. Jenama UINAH ini mempunyai matlamat untuk memperkasakan peladang di Sabah dengan cara membeli terus sumber bahan mentah tanpa khidmat pemborong dan orang tengah. Malah, mereka membeli bahan mentah ini dengan harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran biasa.

Dengan cara itu, UINAH dapat mengekalkan konsistensi dan kualiti produknya selain membantu meningkatkan kehidupan peladang secara langsung.

Hasilkan Ginger Beer Tanpa Alkohol, Dua Sekawan Dari Sabah Ini Manfaatkan Halia Tambunan Jadi Jenama Minuman
Hasilkan Ginger Beer Tanpa Alkohol, Dua Sekawan Dari Sabah Ini Manfaatkan Halia Tambunan Jadi Jenama Minuman 12

Untuk pengetahuan anda, minuman Ginger Land UINAH ini dihasilkan dengan cara fermentasi iaitu tindak balas antara ragi semulajadi yang terdapat pada kulit halia dan gula. Minuman ini mempunyai rasa bergas, sedikit pedas dan mempunyai khasiat seperti memanaskan badan serta meredakan loya dan ketidakhadaman (nausea).

Hasilkan Ginger Beer Tanpa Alkohol, Dua Sekawan Dari Sabah Ini Manfaatkan Halia Tambunan Jadi Jenama Minuman
Hasilkan Ginger Beer Tanpa Alkohol, Dua Sekawan Dari Sabah Ini Manfaatkan Halia Tambunan Jadi Jenama Minuman

Formulasi tanpa alkohol, UINAH bakal hadir dengan pensijilan halal!

Lebih menarik, minuman ini kini dalam proses mendapatkan persijilan halal bagi memastikan ianya dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat. Bagi mencapai tujuan tersebut, mereka telah berpindah ke kilang baharu bagi memastikan formulasi baharu minuman UINAH tidak mengandungi sebarang kandungan alkohol.

Malah menurut James, beliau lebih menyukai rasa minuman UINAH versi tanpa alkohol ini!

Usaha penyelidikan dan pembangunan yang mengambil masa setahun ini dijamin tidak akan mengubah rasa asal minuman UINAH yang kaya dan beraroma. Bukan itu sahaja, minuman ini tidak mengandungi sebarang penambah perasa, bahan pengawet dan pewarna tambahan. Setakat ini, minuman ini boleh dinikmati dalam 2 perisa iaitu Ginger Land dan Roselle Paradise.

Hasilkan Ginger Beer Tanpa Alkohol, Dua Sekawan Dari Sabah Ini Manfaatkan Halia Tambunan Jadi Jenama Minuman
Hasilkan Ginger Beer Tanpa Alkohol, Dua Sekawan Dari Sabah Ini Manfaatkan Halia Tambunan Jadi Jenama Minuman 13

Boleh didapati di Shopee, Lazada

Sebotol minuman UINAH ini mengandungi sebanyak 330 ml dan tersedia dijual dalam pembungkusan secara 4 botol yang berharga sekitar RM 40.46 (tidak termasuk kos penghantaran).

Bagi anda yang ingin merasai sendiri keunikan minuman UINAH ini, anda boleh mendapatkannya melalui platform Shopee, Lazada, Grabmart, Foodpanda atau jika anda berada di Sabah atau Semenanjung, anda boleh dapatkannya di pasaraya besar seperti Jaya Grocer, Village Grocer, dan Bataras.

Memang siuk UINAH ni! Cubalah sekali, pasti nak lagi. #Sapotlokal

Baca juga :

Nur Afifah 5 Februari 2021
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article babi berjanggut borneo Lebih Kurang 30 Ekor 'Babi Berjanggut Borneo' Ditemui Mati Secara Misteri Lebih Kurang 30 Ekor ‘Babi Berjanggut Borneo’ Ditemui Mati Secara Misteri
Next Article Kecoh Lelaki Pecah Pintu Kaca Bank, Dakwa Suara Halus Punca Kelakuannya Kecoh Lelaki Pecah Pintu Kaca Bank, Dakwa Suara Halus Punca Kelakuannya

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

1F8708C6 082F 482F 89DB 7F1D08B8D78C Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
BeFunky collage 46 Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
BeFunky collage 48 5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
BeFunky collage473 FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Sempena Sambutan Gawai MASwings Tambah Kekerapan Penerbangan Dalam Sarawak Sempena Sambutan Gawai, MASwings Tambah Kekerapan Penerbangan Dalam Sarawak
Cerita Borneo

Sempena Sambutan Gawai, MASwings Tambah Kekerapan Penerbangan Dalam Sarawak

24 Mei 2022
Padah Buli OKU Dengan Menembak Guna Mercun, Pekerja Syarikat Kurier Kini Didenda RM1,000 Di Kuching
Cerita Borneo

Padah Buli OKU Dengan Menembak Guna Mercun, Pekerja Syarikat Kurier Kini Didenda RM1,000 Di Kuching

24 Mei 2022
[VIDEO] 'King' Myvi Buat Hal Lagi, Selamba Pandu Lawan Arus Di Tengah Bandaraya Kuching
Cerita Borneo

[VIDEO] ‘King’ Myvi Buat Hal Lagi, Selamba Pandu Lawan Arus Di Tengah Bandaraya Kuching

23 Mei 2022
Tular Rakaman Buang Patung Keagamaan Dalam Tong Sampah, Lelaki Ini Didenda RM2,500
Cerita Borneo

Tular Rakaman Buang Patung Keagamaan Dalam Tong Sampah, Lelaki Ini Didenda RM2,500

23 Mei 2022

Kategori

  • Cerita Borneo
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • #innovatesarawak

Polisi

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat

Hubungi kami

Pengiklanan & advertorial berbayar : [email protected]

Isu berkaitan konten :
[email protected]

 

 

Follow US

A Part Of Borneo Digital

Removed from reading list

Undo
AdBlock Detected
Our site is an advertising supported site. Please whitelist to support our site.
Okay, I'll Whitelist
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?