• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Henti Penjualan Serta Merta, 5 Produk Kosmetik Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

Oleh
ILB - AI
24 Oktober 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Henti gunakan produk kosmetik beracun

Henti Penjualan Serta Merta, 5 Produk Kosmetik Dikesan Mengandungi Racun Berjadual. Bahagian Regulatori Farmasi Negara Kementerian Kesihatan (KKM) kesan lima produk kosmetik mengandungi racun berjadual dan turut dilarang untuk dijual di seluruh negara.

Produk tersebut adalah Karisma Birds Nest Gel dikesan mengandungi hydroquinone dan tretinoin, Haemun Cream (miconazole), Sweet 13 Skincare Treatment Cream, Ninaskincare Skin Puteh Moisturizer dan Skin Dessert Cream semuanya mengandungi merkuri.

Menurut kenyataan Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, orang awam digesa untuk hentikan pembelian dan penggunaan produk tersebut kerana dikesan mengandungi racun berjadual.

Henti Penjualan Serta Merta, 5 Produk Kosmetik Dikesan Mengandungi Racun Berjadual
Henti Penjualan Serta Merta, 5 Produk Kosmetik Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

Racun beri kesan pada kulit dan kesihatan

Katanya, notifikasi produk terlibat juga telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi KKM dan tidak dibenarkan dijual di negara ini.

Produk mengandungi hydroquinone, tretinoin dan miconazole adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah hanya boleh digunakan dengan nasihat ahli profesional kesihatan.

Difahamkan hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, kulit jadi hipersensitif, halang proses pigmentasi (depigmentasi) mengurangkan perlindungan kulit dari pancaran sinar UV merbahaya dan tingkatkan risiko kanser kulit.

Produk kosmetik dikesan mengandungi racun berjadual. Sumber: kpkesihatan

Penggunaan tretinoin pula boleh menyebabkan kulit jadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari manakala anti-fungal (miconazole) diguna secara tak terkawal boleh tingkatkan risiko kerintangan dan mengurangkan keberkesanannya untuk merawat jangkitan pada masa hadapan.

Tambah Dr Noor Hisham, racun tersebut diserap ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf selain mengganggu perkembangan otak kanak-kanak kecil atau belum dilahirkan.

Turut dinyatakan, merkuri boleh menyebabkan ruam, iritasi dan juga perubahan lain pada kulit.

Gambar hiasan

Beliau juga menegaskan penjual dan pengedar produk kosmetik ini perlu henti penjualan dan pengedaran produk serta merta kerana melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Orang awam turut digalakkan semak status notifikasi produk kosmetik dengan layari laman sesawang rasmi NPRA www.npra.gov.my atau melalui aplikasi ‘NPRA Product Status’ muat turun dari Google Play Store.

Jika anda ingin mendapatkan rawatan kulit dengan bantuan pakar, boleh baca di sini:

Stres Kerja Seharian, 3 Pusat Medispa Sekitar Kuching Anda Harus Kunjungi

Sempena Halloween, jom kita alami suasana seram sambil menyantap di restoran ini:

Tawar Pakej Menarik Sempena Halloween, Makan Dalam Suasana Seram Di Kantin at The Granary
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ejaan Pada Papan Tanda Kompleks Kubah Ria Jadi Bahan Tawa Netizen Ejaan Pada Papan Tanda Kompleks Kubah Ria Jadi Bahan Tawa Netizen
Next Article Gereja Ini Tawar Tiket Penerbangan Percuma Pulang Ke Sarawak Untuk Mengundi, Terbuka Untuk Pelajar IPT Gereja Ini Tawar Tiket Penerbangan Percuma Pulang Ke Sarawak Untuk Mengundi, Terbuka Untuk Pelajar IPT

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?