• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Hidangan Unik Dan Enak, Ini Adalah Makanan Tradisi Orang Bugis Semasa Hari Raya Dan Kenduri

Oleh
Nazihah AN
24 April 2022
Kongsi
5 Min Bacaan
Ini Adalah Makanan Tradisi Orang Bugis Semasa Hari Raya Dan Kenduri

Makanan tradisi kaum Bugis ini sungguh sedap!

Hidangan Unik Dan Enak, Ini Adalah Makanan Tradisi Orang Bugis Semasa Hari Raya Dan Kenduri. Masyarakat Bugis asalnya dari kepulauan Sulawesi Selatan. Ianya tergolong dalam suku-suku Deutero Melayu (Melayu Muda). Masyarakat bugis yang terkenal dengan pahlawan yang gagah perkasa bukan saja memiliki darah keberanian tetapi juga turut mahir dalam bidang masakan.

Isi Isi Penting
  • Makanan tradisi kaum Bugis ini sungguh sedap!
  • 1. Burasak
  • 2. Ayam Masak Lengkuas
  • 3. Lepat Loi
  • 4. Bandang/ Nagasari
  • 5. Coto Makassar
  • Bagi anda yang ingin mencari bahan-bahan untuk membuat kuih. Boleh baca artikel di bawah:

Tahukah anda? Sedikit sebanyak info berkenaan makanan orang Bugis, mereka mempunyai banyak resepi yang unik, sedap dan pelbagai variasi dari segi rasa dan tekstur dari resepi turun temurun.

Untuk artikel kali ini, kami menyenaraikan antara makanan yang sering dihidangkan semasa sambutan perayaan atau mana-mana majlis kenduri bagi kaum bugis:

Hidangan Unik Dan Enak, Ini Adalah Makanan Tradisi Orang Bugis Semasa Hari Raya Dan Kenduri
Hidangan Unik Dan Enak, Ini Adalah Makanan Tradisi Orang Bugis Semasa Hari Raya Dan Kenduri

1. Burasak

Burasak atau buras merupakan makanan tradisi yang popular kaum bugis setiap kali perayaan atau majlis kenduri. Makanan ini merupakan hidangan utama bagi kaum Bugis dan biasanya dihidangkan bersama lauk-pauk seperti ayam masak merah, rendang, dan macam-macam lagi!

Burasak ialah nasi yang dikukus bersama santan dan dibaluti dengan daun pisang nipah. Bentuk bungkusan burasak ini sama seperti lepat pisang tetapi agak sedikit leper dan dibungkuskan 5 atau 4 sekaligus dan diikat dengan tali agar bungkusan tidak terbuka semasa mengukusnya.

Hidangan Unik Dan Enak, Ini Adalah Makanan Tradisi Orang Bugis Semasa Hari Raya Dan Kenduri
Sumber: Flickr
Hidangan Unik Dan Enak, Ini Adalah Makanan Tradisi Orang Bugis Semasa Hari Raya Dan Kenduri
Sumber: Facebook

Burasak memerlukan 4 jam dan lebih untuk mengukusnya bagi memastikan nasi didalam bungkusan betul-betul lembut dan mampu tahan selama 2 hingga 3 minggu atau lebih kerana ianya boleh disejuk bekukan.

Hidangan Unik Dan Enak, Ini Adalah Makanan Tradisi Orang Bugis Semasa Hari Raya Dan Kenduri
Hidangan Unik Dan Enak, Ini Adalah Makanan Tradisi Orang Bugis Semasa Hari Raya Dan Kenduri

2. Ayam Masak Lengkuas

Ayam masak lengkuas atau nama lainnya Likku juga makanan Bugis yang popular dimakan dengan Burasak. Makanan ini juga merupakan hidangan kegemaran bagi masyarakat Bugis yang berada di Pantai Timur Sabah seperti Tawau dan Sandakan.

Untuk pengetahuan anda, Likku adalah bermaksud lengkuas dalam bahasa Bugis kerana lengkuas merupakan bahan utama dalam masakan tersebut.

Hidangan Unik Dan Enak, Ini Adalah Makanan Tradisi Orang Bugis Semasa Hari Raya Dan Kenduri

3. Lepat Loi

Selain Burasak, Lepat Loi atau Lepat Lue juga menjadi kegemaran ramai selain kaum Bugis. Lepat Loi menggunakan beras pulut yang direndam semalaman.

Lepat Loi dan Burasak mempunyai bentuk dan rasa yang berbeza, Lepat Loi dicetak berbentuk segi tiga panjang. Bagi sesiapa yang kurang gemar dengan rasa burasak, anda boleh mencuba Lepat Loi. Rasanya yang berlemak masin memang memikat hati dan sangatlah sesuai dihidangkan dengan rendang dan kari semasa perayaan dan apa-apa majlis.

Hidangan Unik Dan Enak, Ini Adalah Makanan Tradisi Orang Bugis Semasa Hari Raya Dan Kenduri
Hidangan Unik Dan Enak, Ini Adalah Makanan Tradisi Orang Bugis Semasa Hari Raya Dan Kenduri
Hidangan Unik Dan Enak, Ini Adalah Makanan Tradisi Orang Bugis Semasa Hari Raya Dan Kenduri
Sumber: Twitter

4. Bandang/ Nagasari

Kuih Nagasari ialah sebenarnya sejenis kuih tradisional yang terkenal di Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu. namun ianya juga didapati di Indonesia. Masyarakat Bugis menggelarkan kuih tersebut sebagai kuih Bandang-bandang.

Kuih tradisional ini persis seperti lepat pisang, namun identiti kuih bandang ini adalah kuih yang dibungkus didalam daun pisang dan dikukus sehingga masak. Kuih ini dibuat menggunakan tepung beras dan dicampur dengan pisang nangka. Kini, kuih bandang ini kurang dikenali ramai kerana ianya jarang dihasilkan untuk diniagakan.

Hidangan Unik Dan Enak, Ini Adalah Makanan Tradisi Orang Bugis Semasa Hari Raya Dan Kenduri
Sumber: Twitter
Hidangan Unik Dan Enak, Ini Adalah Makanan Tradisi Orang Bugis Semasa Hari Raya Dan Kenduri
Ini Adalah Makanan Tradisi Orang Bugis Semasa Hari Raya Dan Kenduri

5. Coto Makassar

Dalam hidangan Coto Makassar ini terdiri daripada perut lembu yang direbus dalam tempoh yang agak lama. Perut lembu yang sudah direbus tersebut kemudian dihiris halus dan dicampurkan dengan bahan-bahan khusus.

Hidangan Unik Dan Enak, Ini Adalah Makanan Tradisi Orang Bugis Semasa Hari Raya Dan Kenduri

Hidangan ini seakan-akan sup soto yang lain, tetapi cara penyediaan serta bahan yang digunakan dalam hidangan Coto Makassar begitu berbeza. Ianya juga biasa dimakan bersama ketupat, Lepat Loi atau Burasak.

Sehingga kini, biarpun ramai yang tidak mengenali makanan tradisi masyarakat Bugis, namun masih ada lagi segelintir masyarakat Bugis mengekalkan resepi makanan mereka yang turun temurun. Bagi anda yang masih belum pernah mencuba makanan Bugis, anda boleh mencari sekitar Asajaya, Samarahan dan Pantai Timur Sabah. bagi anda yang berada di Semenanjung Malaysia, usah risau! Di Johor juga masih ada penempatan Bugis di kawasan tersebut.

Bagi anda yang ingin mencari bahan-bahan untuk membuat kuih. Boleh baca artikel di bawah:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Projek Lebuhraya Pan Borneo, Pengaktifan Lampu Isyarat Di Jalan Serian Mulai Pada 25 April Ini Projek Lebuhraya Pan Borneo, Pengaktifan Lampu Isyarat Di Jalan Serian Mulai Pada 25 April Ini
Next Article Pusat Pengangkutan Ke Sabah, Brunei Dan Kalimantan, Miri Sentral Bakal Siap Pada Tahun 2024 Pusat Pengangkutan Ke Sabah, Brunei Dan Kalimantan, Miri Sentral Bakal Siap Pada Tahun 2024

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?