Jom makan aiskrim sebanyak yang mungkin!
Hidden Gem Yang Menyajikan Dessert Menarik Anda Perlu Cuba, Jom Ke Siburan Ice Dream. Siburan Ice Dream ini memang sesuai bagi peminat makanan manis atau mereka yang sweet tooth kerana pelbagai menu aiskrim, pencuci mulut, dan juga snek yang unik dihidangkan di sini.






Menu yang istimewa di sini adalah
Antara menu yang istimewa di sini adalah milk tea soft ice cream, gula apong ice cream, three layer milk tea with gula apong ice cream dan juga tropical fruit ice cream! Berikut adalah menu yang anda harus cuba jika singgah ke sini.
Selain daripada aiskrim dan dessert yang menarik, mereka juga ada menyediakan pelbagai snek snek seperti popia cheese, kerepek ubi, dan hotdog bun.




Anda boleh membuat pilihan
Untuk soft aiskrim yang disediakan di sini, anda boleh membuat pilihan sama ada anda inginkan aiskrim kon sundae, kon manis, cawan, mangkuk dan juga roti. Anda juga boleh memilih pelbagai topping kegemaran anda untuk diletakkan di atas aiskrim anda!
Bagi harganya pula, anda jangan risau, memang berpatutan dengan kualiti dan juga kuantiti yang disediakan. Jadi bagi sweet tooth di luar sana, jangan lepaskan peluang ini untuk menikmati aiskrim kegemaran anda!
Lokasi: Siburan Ice Dream No,46 Siburan Bazaar Kuching/Serian Road.