• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Hospital Sibu Kini Hanya Terima Kad Debit Dan Kredit, Ini Yang Anda Perlu Tahu

Oleh
Nazihah AN
4 Disember 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Hospital Sibu Kini Hanya Terima Kad Debit Dan Kredit, Ini Yang Anda Perlu Tahu

Hospital Sibu Laksana Sistem 100% Tanpa Tunai

Hospital Sibu Kini Hanya Terima Kad Debit Dan Kredit, Ini Yang Anda Perlu Tahu. Pengumuman terbaru dari Hospital Sibu kini menjadi tular di media sosial. Bermula sekarang, semua transaksi pembayaran di kaunter hospital ini hanya boleh dilakukan menggunakan kad debit atau kad kredit sahaja.

Pengumuman ini telah dimaklumkan oleh pihak Hospital Sibu sendiri menerusi laman rasmi Facebook mereka. Langkah ini dilaksanakan sebagai sebahagian daripada usaha mempercepatkan transformasi digital, sejajar dengan agenda Malaysia Digital (MD).

Hospital Sibu Kini Hanya Terima Kad Debit Dan Kredit, Ini Yang Anda Perlu Tahu
Gambar sekadar hiasan. Kredit gambar: Gregory C. Gray via Global Health

Menyokong transformasi digital Malaysia.

Walaupun langkah ini dilaksanakan sepenuhnya di Hospital Sibu, situasi di Hospital Kuching sedikit berbeza. Menurut di ruangan komen netizen, Hospital di Kuching masih menerima bayaran tunai untuk beberapa urusan. Namun, bahagian pendaftaran temu janji klinik pakar kini turut menggunakan sistem tanpa tunai. Pesakit hanya perlu ‘wave’ kad debit untuk melengkapkan transaksi.

Orang ramai disarankan agar mengambil maklum tentang perubahan ini sebelum berurusan di Hospital Sibu untuk mengelakkan sebarang kesulitan.

Hospital Sibu Kini Hanya Terima Kad Debit Dan Kredit, Ini Yang Anda Perlu Tahu

Apa Yang Pesakit Perlu Lakukan?

Bagi mereka yang akan berurusan di Hospital Sibu, berikut adalah perkara penting yang perlu diambil maklum:

  • Bawa kad debit atau kad kredit anda. Tunai dan e-wallet tidak akan diterima di kaunter hospital.
  • Periksa baki akaun. Pastikan kad anda mempunyai dana yang mencukupi untuk membayar bil hospital.
  • Beritahu penjaga anda. Jika ahli keluarga atau penjaga membantu anda membuat bayaran, pastikan mereka tahu tentang dasar baharu ini.

Baca juga artikel semasa di bawah:

Acara Antarabangsa Jadi Tarikan Utama, Sarawak Rancang Konsert Lebih Banyak Tahun Depan
Ini Senarai Hotel Sarawak Yang Mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pua Kumbu Kini Mendunia Di World Ikat Textiles Symposium Filipina
Next Article Tiga Penjenayah Ditembak Mati Di Penampang, Disyaki Berkait Kes Pembunuhan Di Sarawak Tiga Penjenayah Ditembak Mati Di Penampang, Disyaki Berkait Kes Pembunuhan Di Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?