• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

HSL Anjur Pertandingan Seni Bina Untuk Projek Berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching

Oleh
Nazihah AN
10 Jun 2024
Kongsi
5 Min Bacaan
HSL Anjur Pertandingan Seni Bina Untuk Projek Berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching

Mencari Idea-idea Pelan Induk Terbaik Bagi Projek Berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching

HSL Anjur Pertandingan Seni Bina Untuk Projek Berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Hock Seng Lee (HSL) telah mengumumkan pertandingan seni bina kebangsaan keduanya – selepas Langit pada 2021 – yang dianjurkan bersama dengan Persatuan Arkitek Malaysia (PAM).

Pertandingan baharu itu dipanggil ‘AIR – Building With Nature’ bagi sebidang tanah seluas 13 ekar yang terletak di antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dengan Saradise. Tujuan pertandingan AIR adalah untuk mencari idea-idea pelan induk terbaik (tujuan Langit pada 2021 adalah untuk mencari bangunan pencakar langit terbaik).

HSL Anjur Pertandingan Seni Bina Untuk Projek Berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching
Pertandingan ini adalah bagi sebidang tanah seluas 13 ekar yang terletak di antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan Saradise.

HSL Anjur Pertandingan Seni Bina Untuk Projek Berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching

HSL adalah pemilik tanah ini dan promoter pertandingan, manakala PAM adalah penganjurnya. Pertandingan ini terbuka kepada ahli-ahli PAM di seluruh negara. Hadiah wang berjumlah RM245,000, dengan hadiah utama sebanyak RM120,000, hadiah kedua RM60,000, dan hadiah ketiga, RM30,000. Tujuh hadiah pujian masing-masing berjumlah RM5,000 turut ditawarkan.

Sama seperti Langit, pertandingan ini akan dikendalikan secara profesional dengan penilaian yang dibuat semata-mata berdasarkan merit. PAM akan membentangkan kesemua penyertaan tanpa nama bagi senarai pendek awal, dan selepas itu, arkitek-arkitek secara individu (atau berpasukan) akan dipanggil untuk membuat pembentangan kepada juri.

PAM telah mengesyorkan panel tujuh juri, termasuk seorang pemenang pingat emas PAM, presiden persatuan, ketua cabang Sarawak, seorang pakar Indeks Bangunan Hijau, dan beberapa arkitek terkenal dari Sarawak.

HSL Anjur Pertandingan Seni Bina Untuk Projek Berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching

“Kejayaan mana-mana projek bermula dengan satu idea yang baik,” kata Pengarah Urusan HSL, Datuk Paul Yu Chee Hoe.

“HSL mahu mengadakan lebih banyak pertandingan terbuka kerana kami percaya kepada nilai idea-idea bernas. Pertandingan bersifat progresif dan merupakan antara cara terbaik untuk menemukan bakat baharu.”

AIR merupakan sebuah tapak yang mencabar, kata Yu, dan menambah bahawa beliau berharap pertandingan ini akan menemukan penyelesaian reka bentuk terbaik.

“Pertama, ia terletak bersebelahan dengan lapangan terbang, jadi jelas ada had ketinggian. Semua bahagian sudah pun dikelilingi pembangunan lain,” ujarnya.

“Ketiga, dan paling sukar sekali, sungai kecil mengalir menerusi seluruh tanah itu.”
Yu berkata penyertaan akan dinilai berdasarkan pertimbangan komersial dan alam sekitar.

“Kita meminta kelestarian dalam sekitar dan kewangan. Untuk memastikan mana-mana pembangunan benar-benar hijau, ia mesti mampan dari segi kewangan. Kita mahu membina dan memelihara sesuatu yang dapat tahan lama.”

Yu berkata nama AIR dipilih kerana, dalam Bahasa Inggeris, ia menggambarkan “udara di atas kita”, selain mencerminkan sungai yang mengalir menerusi tapak itu.

“Kita mahu udara segar dan air yang banyak untuk projek ini,” kata Yu. AIR merupakan satu-satunya pertandingan seni bina PAM pada tahun ini. Pertandingannya yang mutakhir telah diadakan pada tahun lepas di Pulau Pinang.

Presiden PAM, Ar. Adrianta Aziz, yang juga pengerusi juri, memuji HSL kerana menjadi pembina yang berfikiran ke hadapan dan terbuka.

“Bagi pihak arkitek-arkitek di Malaysia, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada HSL kerana menganjurkan pertandingan kedua mereka. Ini adalah wadah bagi arkitek-arkitek untuk mempamerkan idea-idea, bakat dan kerja keras kami,” kata Adrianta.

“Lebih penting lagi, HSL menyokong proses membina bandar yang telus dan terbuka. Arkitek-arkitek dapat mengemukakan idea-idea mereka dan mempamerkan idea-idea ini kepada umum. Semua orang dapat melihat, mengulas dan berbincang secara terbuka tentang merit idea-idea yang dikemukakan.”

Pertandingan AIR menggalakkan penyantunan di antara sektor awam dengan sektor swasta yang merentasi pelbagai industri, daripada pereka bentuk hingga kepada perunding dan pembekal, katanya.

“Pada akhirnya, warga Kuching akan mendapat manfaat paling banyak daripada pertandingan terbuka.”

Dalam pertandingan Langit HSL dan PAM pada 2021, sebanyak 112 penyertaan reka bentuk telah diterima. Pada April lepas, HSL dan Ascott mengumumkan bahawa mereka akan membina dan mengendalikan Langit Citadines Kuching, iaitu satu projek pembinaan menara berkembar setinggi 27 tingkat, berdasarkan satu penyertaan yang menang, di pusat bandar raya Kuching.

Untuk maklumat lanjut, layari airkch.com atau cari #airkch di media sosial.

Baca juga artikel berkaitan di bawah:

HSL Dan Ascott Bakal Bina Dan Urus Mercu Tanda Baru Langit Citadines Di Kuching
Antara Lukisan Akvarel Terpanjang Di Malaysia Hasil Karya Seniman Dari Lundu

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tiada Lagi Subsidi, Harga Diesel Dinaikkan Kepada RM3.35 Seliter Bermula Hari Ini
Next Article Komersialkan Sulaman Keringkam Sarawak, Berpotensi Jadi Perniagaan Menguntungkan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?