• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Hujan Berterusan, Jalan Kejapil Di Bekenu Terputus Akibat Tanah Runtuh

Oleh
Nazihah AN
10 Oktober 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Hujan Berterusan, Jalan Kejapil Di Bekenu Terputus Akibat Tanah Runtuh

Diminta pengguna menggunakan jalan Pan Borneo sementara pihak JKR membuat kerja pembaikan

Hujan Berterusan, Jalan Kejapil Di Bekenu Terputus Akibat Tanah Runtuh. Telah dilaporkan bahawa laluan Kejapil terputus akibat tanah runtuh. Buat masa kini, pengguna disarankan untuk mengguna alternatif lain, sementara pihak JKR membuat kerja pembaikan.

Menerusi perkongsian di Facebook, penghadang jalan juga telah dipasang bagi menghalang mana-mana kenderaan daripada menghampiri jalan tersebut.

Hujan Berterusan, Jalan Kejapil Di Bekenu Terputus Akibat Tanah Runtuh
Hujan Berterusan, Jalan Kejapil Di Bekenu Terputus Akibat Tanah Runtuh. Sumber: FB Luka Nis Man

Tiada kemalangan nyawa dilaporkan semasa kejadian tanah runtuh di Jalan kejapil.

Keadaan banjir teruk telah dilaporkan di kebanyakan kawasan di sekitar Bintulu, Bekenu, dan Sibu. Hal ini disebabkan oleh cuaca hujan lebat semalam menyebabkan paras air sungai naik mendadak. Kenaikan paras air ini juga menyebabkan air melimpah keluar sehingga ke jalan raya.

Ini menyebabkan kenderaan terkandas di atas jalan raya akibat jalan dinaiki air di Jalan Pesisiran Pantai di Bintulu.

Hujan Berterusan, Jalan Kejapil Di Bekenu Terputus Akibat Tanah Runtuh
Sumber: FB Luka Nis Man

Buat masa ini bagi pengguna laluan Beraya-Kejapil-Semuru boleh guna laluan jalan Pan Borneo untuk ke Miri.

Selain itu, Jalan yang digunakan dari Niah ke Miri, iaitu Jalan Kejapil turut dilanda bencana alam akibat hujan yang berterusan. Pihak JKR terpaksa meletakkan penghadang kerana berlakunya tanah runtuh hingga menyebabkan jalan terputus.

Menurut media tempatan, pihak JKR telah berbincang dengan kontraktor untuk mengalihkan tanah yang digembur sebelum membina lencongan jalan sementara.

Kami menasihatkan pengguna jalan raya untuk mengelak daripada menggunakan laluan ini sementara menunggu kerja-kerja pembaikan siap pada minggu akan datang dan segala usaha dilakukan untuk mempercepatkan kerja dan membuka jalan bagi kemudahan pengguna jalan raya, jika cuaca mengizinkan”

Pihak JKR
Hujan Berterusan, Jalan Kejapil Di Bekenu Terputus Akibat Tanah Runtuh
Sumber: FB Luka Nis Man

Buat masa kini, laluan di Pesisiran Pantai turut terputus akibat dinaiki air dan manakala Jalan Kejapil mengalami tanah runtuh. Kedua-dua jalan tersebut merupakan penghubung untuk ke Miri.

Selain itu, anda boleh guna laluan jalan Pan Borneo untuk ke Miri.

Lagi artikel berkaitan yang anda boleh baca. Lihat pautan di bawah:

Hujan Lebat Hingga Beberapa Kawasan Di Bekenu Dan Bintulu Alami Banjir
Paras Air Sungai Di Sarawak Catat Peningkatan, Telah Lepasi Tahap Bahaya
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dibayar Rm2.50 Satu Lagu, Grab Rider Ini Diupah 'Aunty' Untuk Mendengar Nyanyiannya Dibayar Rm2.50 Satu Lagu, Grab Rider Ini Diupah ‘Aunty’ Untuk Mendengar Nyanyiannya
Next Article Penduduk Minta Pihak Berwajib Pantau Projek Lebuh Raya Pan Borneo Elak Jadi Punca Banjir

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?